Saya kehilangan buku lagi! kali ini buku resepi.  ia antara buku masakan yang saya gemari kerana terdapat beberapa halaman yang saya pernah cuba dan menjadi. oh, di mana buku Chef Sabri ya? lazimnya saya menyedari buku-buku saya hilang hanya apabila ia hendak digunakan. cerita yang sama dengan buku-buku yang disimpan di bilik kerja di kampus. kali ini buku masakan saya pula yang entah di mana. saat mahu memasak untuk omak mertuo den sempena hari ibu, saya mencari buku yang mengandungi resepi nasi morocco @ nasi arab. alhamdulillahi rabbil alamin, saya pernah menyimpannya di catatan tanggah!

Comments

selamat hari ibu Dr. Mawar!!=)
Mila said…
Assalamualaikum Dr...
alhamdulillah ada lagi insan yg cintakan bahasa budaya dan sedia berkongsi dgn kami....actually sy bukan lah seorang dari aliran sastera...malah sastera antara subjek yg paling sy kurang gemar dan cepat jemu...tapi sebenarnya sekali sekala sy membaca karya2 lama yg org kata sedap. Sy menonton mak yong dan pernah juga dulu belajar menari. Mungkin sebab kita melayu....sume ni jadi darah daging kita kan...
Ok mcm ni, sebenarnya saya sangat tertarik dengan satu drama bersiri yg pernah ditayangkan dulu di tv2. Tajuknya 'Rumah itu dunia aku'...sy search di internet dan tahu yg drama itu adalah adaptasi dari novel karya Pak Hamzah. Saya nak membaca novel itu. Dr tahu ke sumber utk saya dapatkan novel itu? Sy tgu jawapan dr Dr. Tq...
Mawar said…
K Khadijah
terima kasih atas ingatan!
Mawar said…
Mila
terima kasih kerana masih ada cinta untuk budaya dan sastera Melayu. warisan bangsa kita.

novel itu ada di perpustakaan universiti kami. maklumkan jika perlukan bantuan.