Ada sahabat saya yang hidup sendiri, mahu berbahagi kesepiannya. saya melihat kesendiriannya adalah jalan untuk dia (dan saya juga) diasuh untuk menyedari bahawa suatu saat nanti, kami juga akan sendiri. ya, kita akan sendiri nanti. dan saya juga melihat betapa indahnya banyak waktu dia dapat berbuat kebaikan tanpa gangguan. saya teringat isi firman Allah, at taghaabun: 14, ... isteri dan anak menjadi musuh... saya doakan semoga Allah meriangkan hatinya dalam sunyi yang panjang itu...
Comments
Rasanya macam dah lama pula saya tak datang bertandang ke halaman Dr Mawar. Sepi dan sunyi sentiasa ada di sisi juga dalam diri saya.Ia tidak merisaukan saya, cuma saya risaukan jika sekiranya saya betul-betul sepi di kubur nanti.Hmm..sempena bulan Rejab ini, saya dan kita semua kena lebih banyak berdoa dan bertaubat.Ya, semoga akhirnya tidak sepi,sunyi dan gelap di sana nanti.
terima kasih kerana masih sudi singgah di halaman saya. ya, saya juga membayangkan kesunyian di sana... semoga Allah ampunkan kita, sahabat.