Saya akhirnya bertemu dengan seorang kenalan lama dari bangku sekolah. dia terperanjat apabila diberitahu betapa banyaknya dia mengirim ilham lewat karya saya selama ini. saya katakan, memang banyak dalam hidup yang menumbuhkan cerita dalam diam, memberi makna dalam ketidaktahuan, menawarkan keterujaan tanpa sedar. teman saya itu sekarang dalam bidang teknologi dan saya ragui sama ada dia memahami apa yang saya cuba jelaskan dengan laras bahasa yang mungkin padanya aneh. ya, memang banyak isyarat hati yang tidak mampu terhantar oleh kata, apalagi tanda yang datang seperti bayang-bayang. sedang ia tidak mudah juga untuk diterima setelah jaraknya masa yang memindah-mindahkan banyak mimik peribadi.
Comments
ini kunjungan saya yang entah buat kali yang ke berapa, namun baru sekarang terdetik niat untuk menurunkan secalit tinta, gara-gara hati begitu tertawan dengan gaya bahasa tuan punya blog. Mabruk, and keep it up!
Benar, sahabat lama terutama yang dikenali ketika zaman bocah sering sahaja mengundang ingatan yang seolah-olah 'hidup' di hadapan mata. Semoga terus dikurniai ilham yang tiada putus :)
alhamdulillahi rabbil alamin.
terima kasih. saya pulangkan segala pujian kepada-Nya yang lebih layak.
salam kenal.