Sekali lagi untuk penganugerahan tahun 2011, kami mahu meraikan penerima Hadiah SEA Write. ia tanda menghargai. ia tanda kami cintakan kesusasteraan Melayu. syabas kepada mahasiswa saya yang kenal erti bersyukur, berterima kasih. acara ini berlangsung di Dewan Kuliah 3F201, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM. jumpa ya!









Comments

Anonymous said…
Dr Mawar
Tahniah atas usaha baik ini. tahniah untuk mahasiswa juga.
Mawar said…
Anonymous
alhamdulillahi rabbil alamin! terima kasih.
Anonymous said…
Assalamualaikum

Dr Mawar, Wan disini,
Dari skrin merah jambu itu, saya membaca satu garapan catatan kehidupan yang indah. Perasaan kagum itu tumbuh. Terdetik di hati, bagaimana sang penulis ini mampu mengeluarkan kata-kata yang luar biasa dan mengambil sisi positif pada segenap penjuru kehidupan yang penuh warna-warni? Mengambil iktibar daripada setiap perbuatan, setiap amalan yang dilakukan dan bermuhasabah. Kagum. Sangat teruja. Kadang-kadang,malah seringkali terdetik di hati ini untuk melakukan perkara yang serupa. Menulis. Mencoret tentang setiap lintasan hati untuk dijadikan peringatan di lain hari. Tetapi, jari seakan kaku. Saya tidak pandai bermadah bicara, namun dada ini memberontak kerana keinginan untuk meluahkan rasa. Sekali lagi jari ini diam membisu.
Mawar said…
wa'alaikumussalam Wan

alhamdulillahi rabbil alamin. kepada-Nya saya memulangkan segala keindahan dan kecintaan. saya sudah lama berjalan, dan banyaknya bilangan langkah dan larian. di sepanjang itu banyak yang saya kutip sebagai tamsil dan teladan. saya percaya, Wan akan diberikan peluang yang sama. doa saya, jalan yang dilalui itu lurus, tidak banyak likunya dan dipimpin-Nya selalu.