Antara ajaran Islam ialah mendekati dan selalu duduk dengan orang soleh. ketika kecil di kampung Temasek, saya suka mengintai sebuah rumah yang bergelar haji. saya memanggilnya tok haji. saya suka melihat wajah tuanya yang bersih, saya percaya ia adalah cahaya wudhu dan ketaatannya kepada Allah. saya juga suka belajar muqadam di surau kami yang bertangga kayu dari seorang haji yang rumahnya bersebelahan perigi. saya teruja belajar tulisan jawi dari seorang datuk yang akhirnya hilang penglihatan. saya suka bersama mereka kerana berasa nyaman seperti ada pawana halus selepas hari hujan yang menghantar rasa tenang dan sentosa dalam jiwa kecil saya ketika itu. saya juga rasa dilindungi oleh keindahan iman serta kecintaan kepada Allah yang mereka punya. perasaan mahu berjumpa dan duduk dengan orang-orang soleh, hingga kini saya rindukan. sedang usia saya semakin tinggal sedikit bakinya dan saya kian merasakan kesedihan yang panjang. pawana lepas hari hujan yang mengamankan itu, entah di mana akan saya lewati lagi, saya sudah kian jarang berselisih jalan dengannya....
Comments
Kenangan sewaktu kecil dahulu kian selalu mengusik jiwa yang semakin senja. Antaranya berlari bagaikan dikejar hantu setelah selesai mengaji kerana disakat rakan senior,menemani makcik ke perigi tanah di dalam kebun getah makcik Anjang kerana keputusan bekalan air,menemani ayah ke Sungai Pahang mengambil air untuk kegunaan di rumah, berebut menaiki bas sekolah makcik Kedah, Felda Sungai Nerek,selamba memanjat tembok Istana Maziah untuk mengambil tuala yang terjatuh selepas acara sukan di sekolah sebelahnya (Alhamdulillah, jaga tidak nampak!),ke sekolah menaiki beca dengan hanya duduk di atas kekuda atau bangku.Hmm..banyaknya kenangan bagaikan tak terkata dan tertulis. Betullah kata Harun Yahya di dalam bukunya Hakikat Kehidupan Duniawi, kehidupan di dunia sebenarnya amat singkat dan setelah merasa diri agak tua, manusia pada ketika itu mudah mengingati kenangan-kenangan lama. Maaf saya pohon kerana catatan ini agak panjang.
ya benar, kehidupan yang sangat singkat dan penuh tipu daya.
selalu berdenting-denting datangnya!
~kenangan mengusik jiwa~
terima kasih.
mengenang kenangan dengan hasrat membina masa hadapan yang lebih baik. insya Allah.