Posts

Showing posts from August, 2019
Image
Saya pulang dan ternyata masih mencari dia dalam ketiadaannya.
Image
Menjelang perginya, saya akan selalu bertanya-tanya, mengapa perlu dia datang untuk menghilang. 
Image
Angan-angan itu seperti awan. Datang dan kemudian bergerak hilang. Saya selalu mahu berbaringan antara lunaknya susunan awan. Menyitir Kekasih, akan kupintal awan gemawan menjadi selendang menudungi rambutmu. Angan-angan saya selendang itu hadiah buat saya, sedangkan ia segera berlalu pergi. 
Image
Saya bukan ahli agama. Pengetahuan agama saya juga sangat tohor. Dalam kedangkalan itu, saya sangat percaya kerja berdakwah adalah di tangan ahlinya. Kita mempunyai sehimpunan celebrities da'ie,  malah barisan mufti yang terhormat. Sejauhmana pemencaran ilmu wahyu sampai dari qalbu ke qalbu? Dari dalam gua, saya impikan ahli agama yang tulus jiwanya untuk menyelamatkan kemanusiaan dan nasib kita nanti. Tanpa peduli keraksasaan siasah atau beda nama bangsa. Saya berdoa dari penjuru gua, ahli agama yang tulus pada lidah dan qalbu itu, dirahmati dan dimenangkan haknya.  
Image
Saya memulakan perjalanan memintasi belantara menuju gua.  Sebelum mendapatkan perahu dan layar,  mendekati pulau tenggara.
Image
Saya mencari cari hadiah hari lahir anak sahabat. Selain buku, saya melihat jika ada permainanan yang sesuai buat si kecil bertocang dua. Saya juga seusia itu dulu, suka sekali dengan pemberian anak patung atau set masak-masak. Sehingga tua begini, saya rasakan hidup saya juga seperti barang permainan. Menjadi hadiah. Menjadi bahan senda gurau. Ya, barang permainan. 
Image
Sabar itu indah. (Yusuf: 18) Menyitir saat Yaakub bersabar dengan kehilangan Yusuf. Alangkah kita memiliki keindahan itu. 
Image
Kampus yang sunyi. Banyak yang saya diajar saat sepi. Saat sendiri begini.  
Image
Dalam mengenang Ibrahim, saya mahu mengulang Hud: 75 betapa Ibrahim itu benar-benar seorang yang penyantun lagi lembut hati dan suka kembali kepada Allah. Kita sebut namanya sering. Mudah mudahan kita berada di tiga jalan itu juga. Insya-Allah. Taqabbalallahu minna waminkum. 
Image
Pagi Jumaat yang indah. Saya bertemu sahabat lama. Pernah menjadi tetangga rapat di aras kerja yang sama; malah kamar kerja kami bersebelahan. Sering berbahgi bekalan makan siang sambil bertukar cerita. Ternyata bertemu kembali sekian masa, sahabat saya masih seperti dahulu. Cantik.  Lucu yang pintar. Mendukung apa yang saya lakukan. Mudah mudahan nanti dapat kami  bertemu lagi.  Harum parfumnya masih berdiam di bahu saya. Masih. 
Image
Cerita dua kupu-kupu lagi. Akan saya bawakan nanti. 
Image
Sesekali mendekat berselang menjauh. Saya kian lali. Begitulah nanti akhirnya, sampai masa dia pergi. 
Image
Sdr sedar, dalam jalan hidup, kita pasti bertemu sekurang-kurangnya satu titik peristiwa yang bukan kita mahu apalagi merencanakan. Dengannya kita diajar untuk terima, redha, akur dan taat. Dengannya kita diajak untuk berdamai dengan sabar. Sesekali kita dituntun untuk belajar mengapa Allah aturkan sedemikan rupa. Dini ini saya menerima kabar, sahabat yang rencananya mahu terbang ke Mekah dengan visa Kerajaan Saudi, Furada, pulang semula ke rumah. Ya. Itu takdir maha indah yang Allah atur. Saya yang dungu ini belajar memujuknya. Patuhi sahaja jalan takdir ini, sahabat. Mudah-mudahan dengan kesabaran, Allah mengganjarmu dengan seluruh kebaikan sebagaimana mereka yang hujjaj, sedang ada yang pergi dengan langkah angkuh dan hati yang berjelaga. Bukankah kau terpilih juga, sebagai hamba-Nya yang sabar. Benar, pulangannya hanya syurga!
Image
Sibuk orang lain meraikan sepuluh hari pertama Zulhijjah dengan puasa dan sadaqah, sibuk juga saya membersihkan pc untuk diformat semula. Ada masalah tautan sehingga pencetak tidak dapat dikesan dan dibaca. Sdr tahu, membersihkan satu kotak pc, sama lelahnya merapikan satu rumah. Sisih, pilih dan simpan. Melihat fail dan folder, rupa-rupanya menemukan saya dengan banyak kenangan, janji yang dimungkiri dan kata-kata yang dilupakan. Saya perlukan masa sehari lagi sekurang-kurangnya, sebelum menitip cpu ke makmal. Saya pasti akan bertemu lagi nanti dengan perihal kepalsuan, pura-pura, dalih dan helah.
Image
Minggu pembukaan Zulhijjah. Banyak lagi yang perlu saya baca tentang pengorbanan. Bukan hanya makna Ismail . Begitu saya mahu lebih membaca tentang melepaskan apa yang kita cinta. Mengikhlaskan rasa rendah hati terhadap gurihnya dunia. Saya teringat doa yang saya baca setiap kali memulakan urusan  di ruang kerja, tidak ada kehidupan yang hakiki kecuali akhirat yang abadi. Tadi siang diajar Ustaz Dhuha kami lagi. 
Image
Kata Rumi, dengari sunyi. Banyak yang mahu diberitahu.