Tiada ralat, apalagi untuk disiarkan semula dengan foto penulis sebenar. Memang sifat alami dunia bahawa ia tidak pernah akan jadi adil.
Posts
Showing posts from April, 2018
- Get link
- X
- Other Apps
Ternyata si misteri ini masih hinggap di meja kerja dan sekejap mengibar-ngibarkan sayap tipisnya, memancing perhatian saya. Kemudian sebentar dia menyelinap entah di mana; antara buku-buku, pasu-pasu kecil di sudut tingkap atau seperti sengaja bergantungan di hujung impian saya. Apa juga rupa dan suasana, dia tetap menawan untuk terus duduk berlama di penjuru qalbu.
- Get link
- X
- Other Apps
Saya bersyukur apabila berkesempatan menziarahi sahabat yang uzur. Bersyukur kerana Allah akan membentangkan jalan taat selepas keluar dari lawang rumah sakit. Saya akan mula mengenang, betapa sukarnya untuk yang sakit meneruskan solah atau tadabbur al-Qur'an, apalagi mahu berpuasa atau ibadah khusus lain yang melibatkan pergerakan seperti lazimnya. Allah ya Allah. Dengan pelbagai wayar berselirat di seluruh badan, kesakitan demi kesakitan yang nyeri, perasaan sendiri yang entah bagaimana bergelayaran, dapatkah kekhusyukan hadir; sedangkan dalam sihat, saya selalu lalai. Pada kesempatan ini ingatan saya menuju guru Persatuan Bahasa Melayu kami, Cikgu Kamsani Selamat di IJN. Mudah mudahan budi mengasuh kami selama ini, memberikan kelapangan dalam urusan kesihatan dan ibadah Cikgu. Allah merahmati Cikgu yang budiman.
- Get link
- X
- Other Apps
Ros dan Syaf. Kami meraikan mempelai manis ini. Saat mereka menjamah kek keju dan mufin coklat, saya sengaja menyelak halaman Rumi dan membacakan ini: Aku memilih mencintaimu dalam diam, kerana dalam diam aku tak mendapatkan penolakan. Aku memilih mencintaimu dalam kesepian, kerana dalam kesepian tak ada yang memilikimu selain aku. Aku memilih mengagumimu dari jauh, kerana jarak akan melindungiku dari luka. Aku memilih menciummu dalam angin, kerana angin lebih lembut ketimbang bibirku. Aku memilih memelukmu dalam mimpi, kerana dalam mimpiku kau tak pernah berakhir. Selamat Pengantin Baru R & S!