Posts

Showing posts from February, 2015
Image
Saya suka masuk ke sekolah. Saya suka bau sekolah. Jarang saya menolak undangan ke sekolah, bertemu anak-anak yang bermata bulat. Hari ini saya akan bertemu mereka. Anak-anak aliran sains namun turut membaca kesusasteraan Melayu. Tidak aneh. Saya selalu akan ingat,  berada di peringkat spm, saya membeli Hujan Pagi sewaktu pameran buku diadakan di sekolah, sedang kawan-kawan sekelas mengepit buku kimia dan fizik. Saya pernah memenangi   Saga sebagai hadiah pelajar cemerlang bahasa di sekolah. Saya pelajar sains yang suka membaca kesusasteraan, mewarisi novel-novel abah dan  mempunyai himpunan novel sendiri. Ia tanpa disuruh-suruh apalagi dipaksa. Ia gugusan pengalaman awal yang luar biasa, banyak menuntun saya jadi lebih saksama dalam perihal manusia. 
Image
Kuliah semester baru bermula minggu ini. Kuliah sarjana saya memulakan hari pertamanya. Isnin jam 9 pagi, saya sudah siap untuk pertemuan pertama. Seingat saya seperti selalu saya akan cuba berada di hadapan kelas tepat pada waktunya. Berbaur dengan semangat bertemu anak murid baru setelah sembilan bulan tidak berada di dewan kuliah, saya yang pertama tiba. Rupanya saya juga yang seperti selalu teruja. Sehingga satu jam, tiada bayang pelajar yang hadir. Saya menutup laptop. Atau sebenarnya mahasiswa saya selalu percaya pada mitos tiada kuliah pada minggu pertama. Aduhai....seperti mendengar pujukan AM, jangan sedih mummy....
Image
CNY kali ini sangat aman di taman perumahan kami. Hampir keliling tetangga keluar rumah, samada bercuti ke mana-mana atau pulang ke kampung halaman. Memandangkan kami sudah pulang ke kampung awal dan akan pulang lagi nanti, maka CNY kali ini kami raikan dengan kedamaian yang ada. Di hadapan rumah, riangnya unggas. Bunyinya seperti di halaman kampung mertua yang meriah dengan pelbagai sahutan burung. Takdir juga disusun beberapa hari  sebelum cuti umum, suhu badan saya tidak menentu dengan migraine berhari-hari hingga saya teringatkan kisah Susanna dan vertigo . Saya mempunyai tanda yang tepat. Alahan pula dengan anti biotik yang diberikan doktor sedang saya sebenarnya diserang viral jahat. O. Alif Matiin juga yang mula serak walau tidak henti-henti  berlatih lagu nasyid Secerah Pawana. Saya terkebil-kebil mendengar antara tidak lirik yang didodoikan AM. Saya menerangkan erti pawana kepada AM. Lalu saya tanyakan, adakah pawana itu boleh diperhatikan cerah atau gelapnya? Saya fik
Image
Cerpen terbaru saya di Berita Harian, 15 Februari 2015.  Terima kasih kepada editornya, Sdr Mohd Nazmi Yaakob.  
Image
Masih dalam keharuan kisah semalam. Panjangnya doa  lalu saya bisikkan kepada AM, pagi ini kurang seorang pendoa yang ikhlas. AM yang mudah bertanya, cepat membeliakkan mata bulatnya, siapa? Saya menyebut nama TG dengan sebak yang berbaki. Kisah pendoa yang ikhlas ini juga disebut Pengurus tempat saya bekerja dalam usrah pendeknya. Alangkah jika kita tahu betapa ajaibnya doa, kita akan terus berdoa dan tidak akan mahu berhenti. Apatah lagi kita berdoa untuk orang lain tanpa diketahui sesiapa. Maka malaikat akan memulangkan doa buat kita. Allah, ya Allah. Makanya saya selalu minta AM berdoa dan berdoa. Makanya di hujung skrip doa saya usai solat, akan disebut nama-nama tertentu yang sering bertukar senarai. Saya mohon rahmat dan pengampunan buat mereka. Mudah-mudahan malaikat akan meraikan doa-doa kita. 
Image
Hibanya saya pertama kali menerima pesanan masuk daripada Zahar bahawa Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat akhirnya kembali menuju jalan datangnya. Saya pernah berkata kepada Zahar, ada dua kematian pemimpin yang akan saya tangisi antaranya Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Ternyata saya sebak dan tidak dapat menahan airmata seakan-akan ditinggalkan ahli keluarga yang sangat saya sayangi. Tidak bergerak tangan saya untuk menyertai banyaknya ucapan dan doa takziah di wassap dan telegram. Tidak terucap sebarang kata apabila mengenang luhur tuntunan, ikhlas tangan pikunnya setiap kali menadah doa. Saya merasakan kehilangan besar ini bukan sahaja susuknya yang tidak lagi bersama kita, tetapi bernoktah sudah doa serta ilmu yang diangkat menerusi kematian seorang ulama'. al fatehah buat almarhum Nik Aziz Nik Mat, seluhurnya saya titipkan pada waktu dini Jumaah yang mulia...
Image
Antara musibah orang yang bekerja seharian dengan komputer ialah apabila fail yang sudah diisi dengan banyak perkara, tiba-tiba tidak dapat dibuka apatah lagi untuk dibaca, diemel atau ditampal semula. Ketika ia berlaku, satu pelajaran besar yang saya perolehi ialah berbaik sangka. Ingat, hati kita perlu selalu dibimbing, antaranya menerusi jalan begini. Maka saya berbaik sangka dengan Allah, begitu juga saya memujuk hati berbaik sangka terhadap sesama manusia....Ini foto terbaru si cantik dari taman, di samping kemuning, memang si merah Bali ini menumpang wangi.