Hibanya saya pertama kali menerima pesanan masuk daripada Zahar bahawa Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat akhirnya kembali menuju jalan datangnya. Saya pernah berkata kepada Zahar, ada dua kematian pemimpin yang akan saya tangisi antaranya Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Ternyata saya sebak dan tidak dapat menahan airmata seakan-akan ditinggalkan ahli keluarga yang sangat saya sayangi. Tidak bergerak tangan saya untuk menyertai banyaknya ucapan dan doa takziah di wassap dan telegram. Tidak terucap sebarang kata apabila mengenang luhur tuntunan, ikhlas tangan pikunnya setiap kali menadah doa. Saya merasakan kehilangan besar ini bukan sahaja susuknya yang tidak lagi bersama kita, tetapi bernoktah sudah doa serta ilmu yang diangkat menerusi kematian seorang ulama'. al fatehah buat almarhum Nik Aziz Nik Mat, seluhurnya saya titipkan pada waktu dini Jumaah yang mulia...
Comments
Allah...
Salam hormat.
Sdr Nur Fatiha
mudah-mudahan. amin.