Masih dalam keharuan kisah semalam. Panjangnya doa  lalu saya bisikkan kepada AM, pagi ini kurang seorang pendoa yang ikhlas. AM yang mudah bertanya, cepat membeliakkan mata bulatnya, siapa? Saya menyebut nama TG dengan sebak yang berbaki. Kisah pendoa yang ikhlas ini juga disebut Pengurus tempat saya bekerja dalam usrah pendeknya. Alangkah jika kita tahu betapa ajaibnya doa, kita akan terus berdoa dan tidak akan mahu berhenti. Apatah lagi kita berdoa untuk orang lain tanpa diketahui sesiapa. Maka malaikat akan memulangkan doa buat kita. Allah, ya Allah. Makanya saya selalu minta AM berdoa dan berdoa. Makanya di hujung skrip doa saya usai solat, akan disebut nama-nama tertentu yang sering bertukar senarai. Saya mohon rahmat dan pengampunan buat mereka. Mudah-mudahan malaikat akan meraikan doa-doa kita. 

Comments