Saya suka masuk ke sekolah. Saya suka bau sekolah. Jarang saya menolak undangan ke sekolah, bertemu anak-anak yang bermata bulat. Hari ini saya akan bertemu mereka. Anak-anak aliran sains namun turut membaca kesusasteraan Melayu. Tidak aneh. Saya selalu akan ingat,  berada di peringkat spm, saya membeli Hujan Pagi sewaktu pameran buku diadakan di sekolah, sedang kawan-kawan sekelas mengepit buku kimia dan fizik. Saya pernah memenangi  Saga sebagai hadiah pelajar cemerlang bahasa di sekolah. Saya pelajar sains yang suka membaca kesusasteraan, mewarisi novel-novel abah dan  mempunyai himpunan novel sendiri. Ia tanpa disuruh-suruh apalagi dipaksa. Ia gugusan pengalaman awal yang luar biasa, banyak menuntun saya jadi lebih saksama dalam perihal manusia. 

Comments

Unknown said…
Salam terima kasih dr. kerana sudi berkunjung ke mari berkongsi ilmu dan pengalaman buat rujukan kami. :)
Mawar said…
Sdr Sakinah,

Terima kasih kembali. Mudah mudahan ada manfaatnya.