CNY kali ini sangat aman di taman perumahan kami. Hampir keliling tetangga keluar rumah, samada bercuti ke mana-mana atau pulang ke kampung halaman. Memandangkan kami sudah pulang ke kampung awal dan akan pulang lagi nanti, maka CNY kali ini kami raikan dengan kedamaian yang ada. Di hadapan rumah, riangnya unggas. Bunyinya seperti di halaman kampung mertua yang meriah dengan pelbagai sahutan burung. Takdir juga disusun beberapa hari  sebelum cuti umum, suhu badan saya tidak menentu dengan migraine berhari-hari hingga saya teringatkan kisah Susanna dan vertigo. Saya mempunyai tanda yang tepat. Alahan pula dengan anti biotik yang diberikan doktor sedang saya sebenarnya diserang viral jahat. O. Alif Matiin juga yang mula serak walau tidak henti-henti  berlatih lagu nasyid Secerah Pawana. Saya terkebil-kebil mendengar antara tidak lirik yang didodoikan AM. Saya menerangkan erti pawana kepada AM. Lalu saya tanyakan, adakah pawana itu boleh diperhatikan cerah atau gelapnya? Saya fikir, aneh judul lagu tersebut saat pawana di laman rumah kami membawa wangi kemuning yang masih tinggal... 

Comments