Posts

Showing posts from August, 2012
Image
jalan pulang   Semalam, sebelum ke pejabat, saya bergegas menziarahi tetangga yang meninggal dunia. masih ingat entri tentang solat hajat selepas subuh (entri Ogos 9 2012)? ya, ahli kariah kami itu meneruskan perjalanannya. apa sebaik adab ziarah kematian? tiba-tiba saya jadi dungu lagi. saya mulakan dengan  merakam takziah yang dalam saat bersalaman dengan anak arwah. saya duduk hampir dengan jasad tanpa roh yang dirapikan di ruang tamu itu. saya membaca berkali kali al fatehah. saya sebutkan namanya. begini antara doa saya. semoga perjalanan kembalinya sejahtera. semoga diampun segala kesalahannya. dia diterima Allah dengan segala reda. ditenteramkan hati anak-anak dan suami yang ditinggalkan. semoga bacaan kami diterima Allah. saya melihat kebanyakan yang datang membaca yassin. saya juga. ada beberapa kitab yassin yang disediakan. saya sengaja memilih untuk membaca terjemahannya. ya Allah, saya cuba untuk tidak menangis saat membaca ayat, dan apakah manusia tidak memerhatik
Image
    Cerpen saya, Tamsil Daun dalam Dewan Siswa Ogos 2012. sejak menjadi penulis pojok ulasan cerpen dari tahun 2007, inilah pertama kali saya mengajukan cerpen di majalah yang banyak memberikan kenangan dan sejarah kepada kebanyakan penulis (muda). Tamsil Daun, saya tujukan kepada anak-anak perempuan, khususnya. sudi membaca!
Image
Di surau kecil kami, setiap hari cuti hujung minggu, sabtu dan ahad, akan ada tazkirah subuh. biasanya berakhir jam tujuh. kami akan menunggu hingga selesai. pagi ini, ustaz yang saya senangi persembahan tazkirahnya bercakap soal iman. Allah, saya sangat rasa diasuh antara minggu pertama syawal ini. ingatnya dalam cermat, teratur dan kami yang mendengar seperti menelan nasihat dengan perasaan yang sangat aman. saya fikir itu antara hikmah solat subuh (apalagi berjemaah). ketika ketika begini saya sering membayangkan surau kecil yang kami bina daripada sumbangan banyak pihak, dilindungi sayap malaikat. Zahar pernah memberitahu, selagi kita berada di musala, malaikat akan terus mendoakan; dan antara doa mereka ialah semoga turunnya rahmat Allah buat kita. ya, selagi kita beriktikaf, selagi itu si makhluk nur itu akan terus berdoa. ya Allah! saya menangis! siapa lagi yang bersedia mendoakan saya berterus terusan begitu! maka sebaliknya, ustaz pernah menyarankan agar kita usah sesekali lu
Image
Tulisan saya tentang kesaksamaan dalam melihat dan menerima kesusasteraan Melayu di Tunas Cipta, September 2012.
Image
Semoga Allah ampunkan saya! baru saya disedarkan, TIDAK boleh disatukan niat puasa qadha dan sunat syawal! niatnya hanya satu - qadha (insya Allah semoga diberikan pahala sunat juga. amin!) dan niat inilah yang menjadi keutamaan sebelum dilaksanakan puasa sunat. meraikan puasa pertama dalam syawal kali ini, saya melepaskan geram menyediakan satu resepi yang selama ini kelihatan eksklusif. Allahu akhbar, rupanya ia masakan yang mudah dan murah! bahan dan penyediaannya saya letakkan seperti biasa di catatan tanggah. silalah manfaatkan resepi yang enak ini.   acar ikan masin   
Image
saya merakam "salam kesedihan" yang dalam kerana ramadan meninggalkan kita dan "salam kemenangan" atas perjuangan selama sebulan ini. semoga apa yang baik dari ramadan akan diteruskan. salam idul fitri dari saya sekeluarga buat semua.  maaf zahir dan batin.
Image
Membaca buku berkenaan solat tahajjud menemukan saya dengan rutin Rasulullah untuk masuk tidur awal sebaik menyempurnakan solat isya'. ia memudahkan berjaga awal untuk qiyamullail.  Rasulullah akan menegur sahabat yang masih berbual-bual usai isya', meminta mereka pulang dan tidur. saya berbahagi kisah ini dengan Zahar. ternyata kami menanggap kerinduan yang sama. alangkah kami dapat hidup sezaman Rasulullah. dapat bertemu Rasulullah. dapat memberi dan menerima salam Rasulullah secara langsung. dan Rasulullah akan duduk bercerita dengan pelbagai tamsil untuk panduan hidup. saya selalu memberitahu Zahar, saat saya berhadapan dengan kesulitan sikap manusia atau remuknya hati saya dengan keangkuhan manusia, saya sangat memerlukan Rasulullah untuk saya menyatakan kesedihan saya itu. alangkah Rasulullah ada bersama kami. alangkah rindunya kami kepada insan terpuji itu!
Image
solahku  Ustaz menambah dalam tazkirah, jangan sampai solat kita dijadikan seperti kain buruk yang akan dicampakkan ke muka kita seusai solat. takbir, ruku'  atau sujud akan mencela kita! ya Allah, hinanya kita di sisi Allah. ya Allah sia-sianya solat yang didirikan. ya Allah! saya membaca berkali-kali surah al Maun. antara orang yang mendustakan agamanya ialah ahli solat yang celaka, mengapa? kerana mereka lalai dalam solatnya. ya Allah, dengan segala rasa rendah hati, terimalah solat kami, peliharalah solat kami. 
Image
Usah berkira dalam soal beribadah, kata ustaz dalam tazkirah. walau malam al qadar digambarkan dengan pelbagai wajah dan sekian banyak petunjuk ataupun ramalan, berikhlaslah. solat dan bacalah Qur'an dengan penuh kerendahan hati. banyak yang mahu dimohon setiap kali mengangkat doa pada malam-malam terakhir ini.  selain perlindungan dunia dan akhirat, juga diminta agar dicabut segala dukacita dan kesulitan yang selama ini sangat memenjara kita. ya Allah, ya Allah, ya Allah restuilah permintaan kami ini!
Image
Ini hadiah buat Zahar yang menyambut hari lahirnya esok. antara istimewanya Zahar dalam hidup saya ialah banyak cerpen yang saya gubah adalah hasil perbahasan antara kami. cerpen ini salah satu daripadanya.  latarnya sewaktu kami bercuti april lalu (rujuk entri blog 29 april 2012). Saat Tali Busur Merentang disiarkan hari ini, 12 Ogos 2012 di Berita Harian . alhamdulillahi rabbil alamin . nota: teknik dialog watak dalam cerpen ini saya sendengkan dan tidak menggunakan tanda ikat seperti biasa. malangnya tanda sendeng itu tidak kelihatan apabila cerpen ini disiarkan. mungkin sahaja ia sedikit mengelirukan...
Image
Saya selalu tertanya tanya soalan yang kurang ajar ini. selain daripada Rasulullah (salawat ke atas baginda, keluarga dan sahabat), sangat mengingati umatnya di saat akhir nafas, mengapa kita harus mencintai Kekasih Allah ini. ya Allah ampuni kedunguan saya. akhir-akhir ini dalam sujud, selain berdoa Allah meredhai saya sebagai hamba-Nya, saya juga dengan rendah hati mengharap agar digolongkan dalam hamba-Nya yang memperolehi syafaat Rasulullah. lewat tazkirah subuh tadi, saya tidak dapat menahan sebak apabila cerita ustaz menumbuhkan cinta yang luar biasa dalam jiwa saya terhadap Muhammad (salawat ke atas baginda, keluarga dan sahabat). tatkala di Mashsyar, Rasullah sangat kasihan melihat umatnya  ada yang tenggelam dalam keringat sendiri. anjuran Rasullah kepada bapa seluruh manusia, Nabi Adam agar dibahagi dosa-dosa manusia antara mereka berdua. sedang Nabi Adam tiada upaya menanggungnya. lantas Rasulullah mengibarkan panji besar  menghimpunkan seluruh umat  untuk ber
Image
Saya musykil. ya, banyak yang saya ragu, keliru dan akhirnya membuatkan saya tiada pilihan. hanya yang ada, jalan lain untuk saya meninggalkannya. usai solat subuh di surau kecil kami, saya menjadi sangsi untuk menurut imam solat hajat. dimaklumkan ada saudara kariah kami yang mahu menjalani pembedahan, melibatkan pemotongan anggota badan pagi ini. isunya bukan pembedahan itu. isunya ialah solat sunat hajat selepas solat fardhu subuh. saya hanya orang kecil yang cuba menjadi orang beriman yang gementar apabila disebut nama-Nya. setahu saya ia waktu yang diharamkan. Allah! ampunkan kami atas segala dosa yang kami tidak ketahui! saya hanya mengaminkan doa seraya melihat dua saf lelaki yang masih berbaki.  keutamaan solat subuh diberikan ganjaran pahala melebihi dunia dan seisinya!
Image
Saya selalu didakap mesra dua orang ini. makcik Timah usai solat subuh. makcik Ani usai solat zohor. pipi saya akan dicium berkali-kali. rasanya saya seperti anak kecil yang suka dikerumuni. ya, saya juga rindukan ibu-ibu dan nenek-nenek Turki di Masjid Nabawi yang suka berbuat sedemikian. itulah nikmat persaudaraan lewat solat berjemaah. mendakap perbezaan. menerima perselisihan. mentautkan keasingan. namun dalam rapatnya saf kerukunan itu, saya dalam diam menghitung panjang-lebar ruang berdiri solat. lebih kurang itulah ukuran ruang yang bakal saya huni suatu hari nanti. ya bila saatnya tiba untuk saya ke sana. 
Image
Allah akan memberi perlindungan kepada perkara yang menjadi milik-Nya dan pada jalan-Nya! saya mengajukan permohonan doa ini sungguh-sungguh kepada semua muslim yang sedang dizalimi haknya dan dihukum dengan neraca purbasangka. saya adalah lelaki dalam Hadiah Hanafi ~  sedang saya hanya orang kecil yang cuba menjadi orang beriman yang gementar apabila disebut nama-Nya ~
Image
Saya membaca ini di fb, Allah sembunyikan enam perkara untuk kita berfikir: 1- menyembunyikan redha-Nya dalam taat. 2- menyembunyikan murka-Nya dalam maksiat. 3- menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung dalam al Qur'an. 4- menyembunyikan Lailatul Qadar dalam bulan Ramadhan. 5- menyembunyikan solat yang paling utama dalam solat yang lima. 6- menyembunyikan tarikh terjadinya hari kiamat dalam semua hari. alhamdulillahi rabbil alamin. Zahar khatam al Qur'an hari ini. sedang saya masih terkial-kial dengan surah-surah lazim. kalau Alif Matiin tahu mummynya macam siput, mesti digiatnya saya . ya Allah, lapangkan masa saya, bersihkanlah hati saya! pernah saya mengalirkan air mata ketika di Masjidil Haram. saya duduk di sebelah seorang perempuan yang lancar bacaan al Qur'annya. kemudian saya berbisik kepadanya betapa saya takjub, memberitahu bacaan saya tidak sebaik dia, dan bertanya adakah dia guru mengaji al Qur'an. perempuan cantik itu mengiyakan dan sekeja
Image
Sejak ramadhan, setiap kali berselisih di tempat letak kereta untuk pulang, kawan-kawan akan bertanya masak apa untuk berbuka? ya, saya memasak seperti hari-hari biasa. rutin. kami tidak ke bazar ramadhan untuk sekian tahun. saya juga sudah bertahun-tahun tidak ke pasar petang, pasar malam, pasar lambak, pasar tani. saya tidak suka bersesak-sesak! dan bukankah Imam al Ghazali pernah mengingatkan  agar tidak dipuaskan nafsu makan dengan menikmati juadah yang tidak kita temui pada bulan-bulan lain. Allah, didiklah nafsu jahat kami, ya Allah! iftar impian saya
Image
Kerap, saat kami menyambut azan subuh, ada sahutan dari anjing berhampiran rumah. sangat mendayu. sangat panjang. beberapa jiran juga menyedarinya. saya turut mendengar sahutan yang sama di kawasan universiti (ya, kampus kami ada anjing yang berkeliaran! dan saya sudah membuat laporan kepada pihak keselamatan). seorang tetangga kami berhujah, haiwan-haiwan itu menyindir kita yang selalu lalai mendakap seruan makna azan. Allahu akhbar. Allahu akhbar! Y a Allah, Wahai Tuhan yang telah mens yariatkan seruan  az an dan solat yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan, sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji. Ya Allah ampunilah aku serta ibubapaku dan kurniakanlah rahmat kepada keduanya sebagaimana kedua mereka memelihara akan daku. Dan selamat sejahtera atas junjungan kami Muhammad dan keluarganya dan sahabat-sahabat baginda. Saya selalu ingatkan Alif Matiin supaya be