Saya musykil. ya, banyak yang saya ragu, keliru dan akhirnya membuatkan saya tiada pilihan. hanya yang ada, jalan lain untuk saya meninggalkannya. usai solat subuh di surau kecil kami, saya menjadi sangsi untuk menurut imam solat hajat. dimaklumkan ada saudara kariah kami yang mahu menjalani pembedahan, melibatkan pemotongan anggota badan pagi ini. isunya bukan pembedahan itu. isunya ialah solat sunat hajat selepas solat fardhu subuh. saya hanya orang kecil yang cuba menjadi orang beriman yang gementar apabila disebut nama-Nya. setahu saya ia waktu yang diharamkan. Allah! ampunkan kami atas segala dosa yang kami tidak ketahui! saya hanya mengaminkan doa seraya melihat dua saf lelaki yang masih berbaki.


keutamaan solat subuh diberikan ganjaran pahala melebihi dunia dan seisinya!

Comments

Amie said…
Ohhh... benarkah begitu? Setahu saya ia boleh dilakukan pada bila-bila masa, nanti nak tanya ustaz tentang hal ini.
Mawar said…
Amie
Jazakillah khair!
Ya mohon tanyakan. Setahu saya ia antara waktu yang diharamkan kecuali untuk solat jenazah. Wallahua'lam.