Membaca buku berkenaan solat tahajjud menemukan saya dengan rutin Rasulullah untuk masuk tidur awal sebaik menyempurnakan solat isya'. ia memudahkan berjaga awal untuk qiyamullail. Rasulullah akan menegur sahabat yang masih berbual-bual usai isya', meminta mereka pulang dan tidur. saya berbahagi kisah ini dengan Zahar. ternyata kami menanggap kerinduan yang sama. alangkah kami dapat hidup sezaman Rasulullah. dapat bertemu Rasulullah. dapat memberi dan menerima salam Rasulullah secara langsung. dan Rasulullah akan duduk bercerita dengan pelbagai tamsil untuk panduan hidup. saya selalu memberitahu Zahar, saat saya berhadapan dengan kesulitan sikap manusia atau remuknya hati saya dengan keangkuhan manusia, saya sangat memerlukan Rasulullah untuk saya menyatakan kesedihan saya itu. alangkah Rasulullah ada bersama kami. alangkah rindunya kami kepada insan terpuji itu!
Comments
"Ya Allah, perlihatkanlah kepadaku wajah nabiMu dan kekasihMu Muhammad SAW dalam mimpiku"
jazakillah khair kerana berbahagi doa ini.
bagaimana dengan pandangan, iblis "menyerupai" Rasulullah dalam mimpi. atau iblis TIDAK boleh menyerupai Rasulullah dalam mimpi.
wallahu'alam.