Posts

Image
Kecewa. Gobar. Rawan. Lelah. Sakit. Masyghul. Segala yang di luar duga. Atau seperti laung Daniel Powter, You had a bad day. Will you need a blue sky holiday?
Image
Tidak selalu kami makan di luar. Petang seusai asar dan setelah seharian lelah berkemas di taman belakang rumah, kami bertiga kononnya memanjakan diri di Redwok Bangi . hampir satu jam kami mengadap kuali sizzling dan mangkuk panas steam boat . boleh tahan!
Image
  oh, Ben 10. dari jam ke topi, kasut dan beg sekolah. sebelum kenal si budak lelaki yang selalu memperaga jam ini, saya pernah mengejanya sebagai b-e-n-i-o. benio. heheh, selamat panjang umur Alif Matiin Ben 10!
Image
  Hujan yang keras di luar. sedang saya berasa sangat enak mengikuti baris-baris a Quarrel with Silence , sepi yang membentak seperti guruh! atau in What Colors shall i Record the Words of Sadness . saya juga mahu ketawa sendiri namun kemudian belas sekali mengenangkan wanita tua yang mengilas kembali di bangku yang pernah diduduki dalam Until every Private returns from Battle. saya mahu baca lagi No Women in Poetry oleh Zakariya Amataya...
Image
Saya semakin tua! beberapa hari ini saya menuruni anak-anak tangga di rumah atau pejabat dengan penuh hati-hati menahan perit. membaca bahan atas talian menemukan saya dengan chondromalacia ... alhamdulillahi rabbil alamin kerana menghantar isyarat untuk mengingat.
Image
Senang sekali memiliki buku cantik ini, Kasih Bonda Kampung Paya Kami (DBP, 2008) Siti Zainon Ismail. saya senang juga melihat rakaman kenangan termasuk Belajar Kira-kira... sifir dan al jibra lagi, inilah ketika kena berdiri lagi!... aha ~ mengingatkan kisah sendiri...!
Image
Dua kumpulan cerpen terawal Zaen Kasturi, Yuda (1992, DBP) dan Idola (1997, Sasbadi) diikuti dengan Rapsodi (1998, DBP) dan Taman Uzlah (2005, DBP). Esok, acara Wacana Zaen Kasturi, Sambutan Pemenang Anugerah SEA Write 2010 di DBP. hingga jumpa ya!
Image
Beberapa hari ini kerap diajukan membeli belah tanpa beg plastik. saya sokong. antara tabiat saya juga memasukkan barang-barang yang dibeli ke dalam beg sendiri. saya teringat, dibawa mak atau nenek yang menjinjing raga rotan ke pasar. sebelum pulang ke rumah, kami singgah membasah tekak minum cendol India di satu sudut Pasar Tekka dekat kedai kari...
Image
Alhamdulillahi rabbil alamin . akhirnya fail-fail yang hilang ditemui kembali. Allah Maha Besar memberikan kepintaran dan kesabaran. terima kasih tak terhingga buat Ashraf yang membantu, katanya menggunakan khidmat Pandora Recovery, mungkin juga dapat dimanfaatkan saudara bila tiba masanya...
Image
Semalam, senang hati melarikan diri lagi dari kurungan rutin. walau lelah hingga ke lewat petang berwacana tentang realiti fizikal dan realiti hakiki. saya seenaknya meratah ayam belanda dengan curahan sos pelbagai rasa, waktu makan tengahari. terima kasih banyak kepada yang belanja. lasagna, pun boleh tahan juga!
Image
Tulisan saya tentang Interlok di Mingguan Malaysia , disember 26 2010. terima kasih tuan editor, Ku Seman Ku Hussain atas penyiarannya. maaf, hanya saya paparkan keratan atas sebab ada iklan di bawahnya!
Image
Sibuk dengan projek busana di kampus, akhir-akhir ini saya mula asyik dengan kain tenunan. o, alangkah indahnya warisan Melayu yang satu ini. saya mahu sekali memiliki si kesumba yang menawan mata dan hati. hairannya, dalam ghairah mengenal lebih dalam si cantik ini, saya terdengar, busana itu apa? ... sakitnya kepala!
Image
Semester kedua untuk sesi tahun ini bermula awal. isnin tengahari kuliah kami. tahun juga sudah hampir tidak bertepi. bersambung terus dan terus. selamat kembali mahasiswaku. bersedia dengan kerja rumah!
Image
Membaca tajuk dan isi berita Buku Teks Sastera Interlok, ditarik Balik , membuat kesal lama kembali berhimpun dan mengenang pendeknya akal manusia. saya seperti mahu sekali lagi menziarahi Ayahanda Abdullah Hussain di PJ dan menyatakan dengan sungguh-sungguh, saya banyak belajar dari Interlok sejak membacanya zaman mahasiswa. saya diasuh mengasihani sesama manusia dan saya hampir tidak mengenal warna mereka.
Image
Malang memang tak berbau. saya dapati banyak fail dalam sampul picture saya hilang. cuba membongkar semua fail dalam recycle bin. hampa. saya sangat sedih apabila tidak dapat mengesan sampul Mohican Satu Tahun. ada video yang sangat indah waktu Mohican baru mula jatuh-bangun-berdiri-berjalan. mmm, sedihnya mummy! masih bolehkah dicari fail-fail itu?
Image
Berada di luar kurungan rutin, enaknya seperti minum teh panas berdua sewaktu hujan luruh. saya mengikuti kongres anjuran universiti di Everly Resort Hotel Melaka bermula disember 13-15. atau lebih enak menikmati teh itu di pantai percutian yang masih belum sempat dikunjungi tahun ini ...
Image
Antara catatan untuk menjadi kota sastera adalah: ~ Quality, quantity and diversity of publishing in the city ~ Quality and quantity of educational programmes focusing on domestic or foreign literature at primary, secondary and tertiary levels ~ Literature, drama and/or poetry playing an important role in the city ~ Hosting literary events and festivals which promote domestic and foreign literature ~ Existence of libraries, bookstores and public or private cultural centres which preserve, promote and disseminate domestic and foreign literature ~ Involvement by the publishing sector in translating literary works from diverse national languages and foreign literature ~ Active involvement of traditional and new media in promoting literature and strengthening the market for literary products. UNESCO bermula 2004, mengiktiraf Ediburgh, Melbourne, Iowa City dan terkini, Dublin sebagai kota sastera.
Image
Ahad ini, disember 12, Jemari Seni Publishing (tuannya, Sdr Noor Suraya Adnan Sallehudin) mengadakan Bengkel Asas Pembinaan Kreatif (Novel Umum) dengan kerjasama Program Persuratan Melayu, Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, UKM, bermula jam 9 hingga 5 petang di Makmal Pengajian Melayu.
Image
Pelajar sarjana falsafah saya sempat bercerita, seusai menyerahkan draf tesis. ceritanya, seorang lelaki Melayu pernah bertanya, apa manfaat seorang India sepertinya mengkaji sastera Melayu, ditambah soalan basi, apa pekerjaan yang dijanjikan? saya menampal foto di sebelah sebagai ucapan balas kepada tanggapan itu. semoga lelaki Melayu itu cepat sembuh.
Image
Tahun baru menjelang lagi. pertanyaan yang sama buat diri, apa yang sudah dilakukan sepanjang ratusan hari yang dianugerah Ilahi. selamat menjalani tahun baru 1432 buat saudara, semoga ia merupakan tahun yang lebih baik daripada sebelumnya. semoga dua doa lewat petang nanti diJawab-Nya. amin.
Image
Saya dihadiahkan sebuah meja tulis. sambil mengemas penjuru baru dekat dengan kotak jendela, saya tahu yang memberi hadiah pasti mahukan saya menghasilkan karya yang lebih baik. terima kasih!
Image
Terima kasih Nis, kerana kirim foto ini dari fb. saya jarang mahu muatnaik foto sendiri di blog...
Image
Alhamdulillah cerpen Sedang Malaikat Berdoa ( dewan sastera, november 2008) memenangi hati juri HSPM 2008/09. terima kasih! ia kisah anak Minang membawa hati rawan ke Andalusia akibat konflik tanah pusako. seribu hikmah yang diraih untuk ummah apabila redha dan sabar bersamanya, saat malaikat berdoa sama... tahniah untuk semua juga!
Image
Saya jarang sekali mahu keluar makan tengahari. namun untuk berjumpa sahabat yang baru pulang dari perantauan dan membawa bersamanya buku-buku yang sempat dibeli, begitu memancing. buku ini pula sangat memujuk. saya mencatat sisipan di halaman awal, when i was child, i saw god. i saw angels. i watched the mysteries of the higher and lower worlds. i thought all men saw the same. at last i realized that they did not see ~ shams of tabriz~ saya mahu sekali mendapatkan karangan Elif Shafak ini tentang si sufi Rumi.
Image
Dialog Forrest Gump yang diimbas dari kata-kata ibunya ternyata menemukan protagonis ini dengan pelbagai wajah manusia dan peristiwa. sedang dia menerimanya sebagai inspirasi untuk terus berlari dan berlari. saya baru memesan simpanan cokelat terbaru dari Umi E. sementara Alif Matiin sudah merajuk, cokelat bunganya dicuri orang!
Image
Hujung minggu yang pedih, menerima berita kemalangan ahli keluarga, memaksa saya mengamankan perasaan sebentar, menonton saluran kegemaran, Bio. kebetulan judul yang memikat, J.K. Rowling: A Year in the Life. benar sekali kehidupan pengarang sendiri, banyak yang diterjemah dalam karya. masa kecil bermain di Forest of Dean, menjelmakan ilham yang sangat misteri. belantara menurut Joanne, it can be so many things: it can be a place of enchantment, you never imagine a crowd in a forest, it's a solitary place. But there's just something, is it because it used to be a place of shelter and safety to us I suppose...
Image
Saya sebenarnya merasakan bahawa rusuh dan tenteram, saling berlari-lari dalam jiwa; dengan urusan kerja (baca: dunia) yang begitu menguji. mendengar azan asar antara celah angin musim hujan, saya ingin sekali kembali membaca al Quran dengan surah-surah tentang haji dan kurban. salam idul adha buat saudara! novel baru ini, Antara Safa dan Marwah yang akan menemani saya dalam mengenang Tanah Suci.
Image
Siang tadi kami bertiga menghadiri majlis graduasi teman-teman sekolah Alif Matiin di Putrajaya. pengisian yang padat selama 3 jam terasa sangat sekejap. begitulah bila masa dipenuhi anak-anak. dan sesekali saya merasakan dingin dewan seperti malaikat bersama kami dengan kasih sayangnya.
Image
November 9-10 ini saya menghadiri Seminar Pemikiran SN Muhammad Haji Salleh. membaca kembali Cermin Diri (1986), saya dididik untuk berkata yang benar di hadapan guru; ciri kritikawan yang saya belajar dari mahaguru saya ini, kritikawan harus berperibadi tenang dan saksama.
Image
Cerpen terbaru saya di Mingg uan Malaysia , november 7 2010. terima kasih kepada editor, Sdr Ku Seman Ku Hussain kerana menyiarkannya. terima kasih kepada sahabat yang memberi ilham dalam pembikinan judul ini... perjalanan plotnya banyak terilham dari entri awal, ogos 24 2010. dari rumah gadang.
Image
Seterusnya, anugerah Penulisa Muda MASTERA 2010 yang diraih sahabat lama saya, Syed Mohd Zakir Syed Othman , sangat menumbuhkan ilham dan menyalakan semangat. TAHNIAH bro!
Image
Saya baru mengucapkan salam TAHNIAH lewat sms kepada Sdr Zaen Kasturi atas penganugerahan Hadiah SEA Write 2010.
Image
Kelab Pengajian Melayu (kelab pelajar) kami akan mengadakan Bicara Karya SN Anwar Ridhwan esok 14 Oktober 2010, 9.00- 11.00 pagi di Makmal Pengajian Melayu, PPBKKM, FSSK. saya difahamkan pembentang terdiri daripada Dr Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali (UM), Haji Hamzah Hamdani (PPS) dan Sdr Mohamad Nazri Ahmad (UKM). acara ini dengan kerjasama Persatuan Penulis Selangor.
Image
... literature gives readers a kind of third eye and enables them to see what is lacking in the real world. It sews the seed of a revolutionary attitude and great novels give us an appetite for the impossible. Llosa's writing has always been experimental, as he explores different ways of telling a story, of depicting the passage of time, and of combining fact and fiction. - Mario Vargas Llosa,  penerima Hadiah Nobel Kesusasteraan 2010 -
Image
Suatu petaka, apabila saya dapati Naratif Ogonshoto versi Matahari tiada di rak buku. ketika masih mencari-cari itu (masih menaruh harapan), saya dapati Naratif Ogonshoto versi Arsalia juga tiada. hei, ini petaka berganda bila dua buah buku yang sangat bermakna, hilang daripada simpanan. ada sesiapa yang pernah saya pinjamkan?
Image
Orang kata, merajuk pada yang sudi. bagaimana kalau guru pula merajuk dengan sikap malas dan ambil mudah anak muridnya? buku tidak dibaca, kerja rumah tidak dibuat. apa lagi, terimalah hukumannya!
Image
Saya sudah kembali ke pejabat dan rutin, setelah bercuti panjang sempena lebaran (baca: cuti rehat), kebetulan waktu yang sama mahasiswa juga bergembira dengan cuti pertengahan semester. saya kembali memandu awal pagi dan lewat petang, keluar masuk bilik kuliah/tutorial, kerja penyelidikan dan mesyuarat! hey, saya rindukan kamar kerja saya...
Image
Ramadhan kian meninggalkan. ya, semakin kita ditinggalkan. saya rakamkan catatan ini dalam mengenang sahabat @ saudara yang baik, Gunawan Mahmood yang meninggalkan kita buat selamanya pada Ramadhan 27 @ September 6. saya mengimbas kembali perjalanan sastera kami ke Padang 1996. al fatihah... terima kasih atas maklumat pemergian ini, adinda Wahyu Budiman Rendra (anak saudara allahyarham). Ren, teruskan perjuangannya!
Image
Image
Sudah dua hari berturut, Alif Matiin akan minta lagu Balik Kampung Sudirman dipasang kuat saat memasuki kereta. seronok benar nampaknya mahu balik kampung dan berhari raya. saya yang fikir kerja tak sudah, dipaksa menyanyi sama. oh oh oh balik kampung! hati girang... hey, rianglah mummy!
Image
Akhirnya tiba sepuluh malam terakhir, seperti doa yang diminta saat memasuki ramadhan yang barakah, semoga pada malam seribu bulan itu, diampuni segala dosa dan diperkenan segala harapan. amin.
Image
Cerpen saya yang memenangi HSKU 2009, Narasi Cinta di Pulau Seribu Kubah, ada dalam antologi ini. sayangnya pantun di awal cerpen, tidak tercetak sama. sedangkan pantun itu adalah hypotext nya. pantun tersebut adalah, Tanam pinang rapat-rapat, biar senang puyuh berlari; kalau dipinang, pinang tak dapat, pujuk-pujuk, kubawa lari. *** namun saya senang dengan judul antologi ini yang dipilih dari puisi Ariff Mohamad. sebuah puisi yang bagus.
Image
Tegak rumah kerana sendi Runtuh sendi rumah binasa; Sendi bangsa ialah budi Runtuh budi runtuhlah bangsa. *** Setiap kali pulang ke selatan, kami akan melintasi rumah gadang cantik ini. tak jemu mata memandang. dalam perjalanan minggu lalu, seperti mahu melangkah masuk saat melihat pintu pagar terbuka luas dan jendela berlangsir putih. ah manisnya! maaf tuan rumah, diabadikan rumah tuan di sini dan dalam hati kami. terima kasih!
Image
Alif Matiin dihadiahkan ibu saudaranya komputer riba (bukan sempena apa-apa). saya teringat mesin taip yang dihadiah datuk dan anak patung pertama saya waktu kecil, snoopy. bisingnya komputer riba baru Alif Matiin, sama dengan bisingnya ketukan mesin taip itu yang entah di mana sekarang...
Image
Ini foto tradisi dan legasi. maaf, tidak sopan menampalnya dalam bulan puasa. atau saya melihatnya sebagai kebahagiaan menyambut ramadhan yang mulia seminggu yang lalu.
Image
Muslims have the same right to practise their religion "as anyone else" in this country... This is America, and our commitment to religious freedom must be unshakeable - Barack Obama - Foto ini sempat saya rakam saat singgah di Ground Zero. beberapa blok dari tapak asal WTC ini, akan dibangunkan 13 tingkat pusat masyarakat Islam dan masjid. Allah Maha Besar!