Membaca tajuk dan isi berita Buku Teks Sastera Interlok, ditarik Balik, membuat kesal lama kembali berhimpun dan mengenang pendeknya akal manusia. saya seperti mahu sekali lagi menziarahi Ayahanda Abdullah Hussain di PJ dan menyatakan dengan sungguh-sungguh, saya banyak belajar dari Interlok sejak membacanya zaman mahasiswa. saya diasuh mengasihani sesama manusia dan saya hampir tidak mengenal warna mereka.
Comments
begitulah keadaannya... Interlok banyak memberi mesej kepada saya selepas membacanya semasa sekolah...
wajarkah mereka berbeuat demikian??
tahniah kerana sastera bermanfaat buat sdr. dan sdr tentu ada jawapan terhadap soalan itu...
Dr. Mawar, pertama saya suka sekali layout merah jambu dengan kelopak mawar yang segar di 'header'nya.
Kedua, saya sangat 'tersinggung' apabila Interlok telah ditarik setelah ia siap menemui calon SPM 2011. Ia karya besar yang mengangkat isu besar untuk disuguhkan kepada anak bangsa. Mengapa ia tidak dibahaskan sebelum ditarik balik. Saya menyimpan keyakinan, kefahaman pembaca berbeza apabila karya itu tidak disebak lapis makna yang ketiga atau keempat. Moga digantikan dengan karya besar untuk dikulum dan dihadam calon SPM 2011 nanti!
Sayapun hairan...dan sangat-sangat kesal.Saya yakin ramai yang berkongsi perasaan yang serupa dan hanya setakat menggeleng-geleng kepala kerana kehilangan kata.
terima kasih kerana sukakan warna baru di 'rumah' saya.
tahniah kerana mengasihani sastera Melayu. ya, karya sastera dibaca secara kontekstual. harus lebih pragmatik!
ya, banyak yang kita gelengkan sejak sekian lama...
saya rasa tidak perlu teragak-agak. boleh terus dapatkan @ beli sebelum ia diTARIK BALIK pula dari pasaran. saya juga mahu dapatkan segera. interlok lama saya sudah dicuri orang!
alhamdulillah seh masih cubo memperbaiki bahaso nogori seh ni. yo, seh sodih bonar mengonangkan Pak Lah yang membaco atau dibacokan berito 'tarik balik' ni. kenangan seh bersamo Pak Lah dalam bas dopan dewan untuk ke hentian bas KL duo puloh tahun lalu. sompek cerito novel konserto. cerito lamo ini Pak Lah cerito semulo waktu seh ziarah tahun ini. bayangkan ingatannyo! subhanallah!
buat Pak AFY, semoga terus sihat dan sihat.
ps: macam mano cakap nogori seh ni...?
Tapi ketika saya mencarinya di kedai berhampiran katanya sudah tak boleh di jual walaupun edisi pelajar.
Berita mana yang boleh dipercayai agaknya - di tarik atau tidak?
saya pun selalu keliru dengan laporan akhbar...