Sibuk dengan projek busana di kampus, akhir-akhir ini saya mula asyik dengan kain tenunan. o, alangkah indahnya warisan Melayu yang satu ini. saya mahu sekali memiliki si kesumba yang menawan mata dan hati. hairannya, dalam ghairah mengenal lebih dalam si cantik ini, saya terdengar, busana itu apa? ... sakitnya kepala!

Comments

siti zainon said…
Sayang mana songket Trengganu dan Kelantan...ini songket India (kanan) dan Sarawak (kiri) kan...Ya apapun tahniah.
Mawar said…
Bonda
harap foto yang kali ini betul, songket terengganu :-) alahai.
Alahahi... dalam gelak memang ada rasa kesal! Kasihan anak muda sekarang... perbendaharaan kata mereka luasnya macam seputar ruang lingkup duit besi lima sen!:(
Tahniah kerana membantu mengusahakan projek busana ini. Kepada mereka yang tidak tahu apa itu busana, hulurkan sahaja Kamus Dewan berwarna merah kesumba itu! :-)
Mawar said…
Lily,
masalahnya, ini bukan anak muda. ini orang tua golongan profesional dan bertanya dalam BI!
Mawar said…
Nis
betul betul betul!
Mawar,
Errr... kalau begitu saya hilang kata-kata!
saadah said…
Apa kata Prof. Madya Dr. Mawar sarankan aja buku-buku ini kepadanya:
Pakai Patut Melayu (Mohd. Said Sulaiman - 2008), Pakaian Cara Melayu (Siti Zainon Ismail - 2009), dan Rupa dan Gaya: Busana Melayu (Azah Aziz 2006, 2009). Buku-buku boleh dibeli di Penerbit UKM. Wah! Kasi iklan lagi ni. Mana tau tergerak hati mau tau apa itu busana...Buku penerbit lain kena iklan sendirilah... Itu pun kalau 'si dia' rajin membaca....
Mawar said…
Puan Editor Pn Saadah
terima kasih. harap si dia mahu membaca buku MELAYU!
siti zainon ismail said…
Terima kasih anakanada. Bonda masih mencelah ya. Ya betul kain songket dipaparkan. Boleh bonda tambah datanya > Ini songket variasi baru..motif tradisi kepala kain dengan motif pucuk rebung dan bunga tampuk manggis di ruang badan, bertabur dikekalkan. Tetapi rekabentu tenunan songket yang lebih klasik, wajib ada APIT KAIN , dangan disebut TALI AIR kepala di kedua sisi kepala kain. harga juga lebih tinggi berbanding tanpa apit kain. Semoga pemakai yang ingin membekalkan songket kepada puteri-puteri yang belajar ke Luar Negara, dapat juga diberi rahsia ilmu Cara Melayu. Teruskan menghargai nilai Seni Rupa Melayu. (tidak sukalah dengan istilah Seni Visual , hehehe).

Adinda Saadiah, kalau buku PCM dicetak ulang, tolonglah diberi tahu...saya terkejut dah cetak ke 3, melihat penjualan dalam seminar di DBP. Tanda harga tidak pula dicetak di bahagian belakang. Tentu ada rahsianya???
Mawar said…
O bonda Sitiku,
bonda yang terus dan terus menjadi mahaguruku! terima kasih.

Puan Saadah editor,
jawablah!
saadah said…
Dah jawab....diemelkan aja...segan nak tulis kat sini...maklumlah blog ni peminatnya macam semut menghurung gula...
Anonymous said…
sesekali terhiris sembilu...projek muzium @ galeri busana zaman dulu dicantas hempedu.

Semoga sekarang berhati emas...alhamdullah...