Ramadhan kian meninggalkan. ya, semakin kita ditinggalkan. saya rakamkan catatan ini dalam mengenang sahabat @ saudara yang baik, Gunawan Mahmood yang meninggalkan kita buat selamanya pada Ramadhan 27 @ September 6. saya mengimbas kembali perjalanan sastera kami ke Padang 1996. al fatihah... terima kasih atas maklumat pemergian ini, adinda Wahyu Budiman Rendra (anak saudara allahyarham). Ren, teruskan perjuangannya!

Comments

MARSLI N.O said…
Salam Idufitri buat Sdr Mawar dan keluarga dari saya.

Moga magnum opusnya segera mendatang dan saya menunggu.

MARSLI N.O
Mawar said…
Salam Sdr Marsli
terima kasih atas ucapan dan ingatan. salam lebaran buat sdr sekeluarga juga.
salam 10 syawal,kanda mawar yang dihormati.ren memohon maaf zahir batin.

kanda, kembalinya pakcik gunawan ke negeri abadi masih saya(dan keluarga) rasai hingga kini. terkenang kata-katanya dan terngiang gurauannya. masih, kanda.

al-fatihah buat arwah. moga tenang di taman sana.
Mawar said…
Dinda Ren yang budiman,
insya Allah kebaikan almarhum akan terus mewangi dalam kehidupan kita. kanda sangat percaya, Pakcik Gunawanmu sedang berbahagia apabila dapat kembali kepada Sang Penciptanya. jangan bersedih, berdoa selalu ya.