Hujan pagi yang seperti selalu, sangat mengerti (salah satu daripada penjuru fakulti kami yang saya akan sering berhenti) Seperti selalu menyambut mahasiswa baru, melihat sinar mata mereka, sering menawarkan lorong introspeksi buat saya. Bersyukur dengan jalan takdir yang Allah lorongkan, sebenarnya sangat membuat saya selalu terpesona dengan banyaknya nikmat dan nikmat yang tidak selayaknya saya dapat. Allah ya Allah. Sekali lagi berdiri di hadapan anak-anak mahasiswa ini, hampir tidak berdaya untuk saya mengangkat muka.
Posts
Showing posts from August, 2016
- Get link
- X
- Other Apps
Saya sedari, si Putih sudah tidak muncul untuk sekian hari. Ya, sejak saya kembali daripada tugas luar di Negeri Cantik. Sesekali saya sengaja menantinya hingga azan asar dibawa angin menyelinap masuk ke ruang kerja saya di aras lima. Menunggu, menanti dan mengangankan dia datang walau sekejap, saya mengintai dia antara dahan, pelepah dan daun. Ternyata dia tidak terbit juga. Penat saya menggantung harap, antara menjengah masih dengan mahu melupakan saja. Saya seperti dikirim kawat pujukan bahawa kami saling mengerti, walau dalam seribu sepi atau ketidakhadiran diri. Ya, kawat itu seperti jatuh melayah dari ranting dan dahan lalu hinggap di jendela kepercayaan saya.
- Get link
- X
- Other Apps
Dan apakah mereka tidak memperhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat segala sesuatu (al Mulk: 19) Saya ke negeri cantik yang dicintai ini lagi. Walau untuk bekerja, lelah saya terbang bersama angin Laut China Selatan. Melihat biru hijau pantulan langit di lautnya yang seperti menyambut salam saya. Memasuki sekali lagi Masjid Sultan Ismail yang bercahaya dek putihnya membuat hati saya sangat berbinar sama. Saya mengenang si Putih yang lebar sayapnya. Dia sering datang melayah dari pohon jenis palma di hadapan jendela ruang kerja saya di kampus. Selalu munculnya jam empat hampir setiap hari. Ya, ia bukan imaginasi saya (Zahar dan Matiin tak akan percaya...bangau oh bangau? Apa lagi kalau saya katakan dia adalah camar). Nantilah apabila masanya tiba, akan saya hadiahkan narasi tentang si Putih , sahabat baru saya itu buat Zahar yang menyambut ulan...
- Get link
- X
- Other Apps
Benar. Semakin banyak kita belajar, semakin yang kita temui adalah kedunguan sendiri. Menyambung kuliah dhuha mingguan yang lama ditangguhkan kerana Syawal, saya mendapati antara jawapan terhadap mengapa saya masih gagal dalam perihal iman yang cuba saya pelihara. Ustaz dhuha mengingatkan empat perkara dalam menuju taqwa yang kita mahukan usai Ramadhan (rujuk al Baqarah: 183). Ilmu..faham..yakin..amal. Perkataan yang sangat lazim. Namun itulah kata kuncinya; sedangkan saya dangkal sekali ilmu agama, konon saya faham tetapi adalah sebaliknya dan saya pura-pura meyakini padahal banyak yang saya tidak pasti. Cuma satu yang saya cuba bersungguh-sungguh untuk mengamalkan walau saya selalu tersandung dan mahu jatuh. Ya Allah. Kasihani kedunguan saya. Maka saya selalu seakan mahu mengemis daripada sahabat yang banyak dikurnia iman agar mereka dapat berbahagi. Saya menumpang nikmat iman mereka, agar suatu masa Allah redha dengan apa yang saya cuba perbuat. Insya-Allah. Tiba-tiba say...
- Get link
- X
- Other Apps
Kisah Saiyidina Abu Bakar yang mempunyai amalan sir dalam perihal sedekahnya. Sehingga tiada siapa yang mungkin dapat menghidu kesan infaqnya itu. Allah ya Allah. Ia kisah yang sangat mempesona. Saya menceritakan semula kepada AM. Abu Bakar menyantuni perempuan tua buta di khemah kumuh, di tengah perut gurun. Ia dilakukan Abu Bakar setiap usai solah Fajr. Membersihkan, menyediakan makanan buatnya, tiada siapa yang tahu sehingga Saiyidina Umar menjalankan pengintipan. Malah si pikun buta itu juga tidak pernah tahu siapa yang datang ke khemahnya setiap waktu dini. Saya mendakap AM. O anak, cintai si miskin. Nanti bila besar, jadi pemimpin yang saksama dalam hak semua... ...
- Get link
- X
- Other Apps
30 Syawal hampir menutup segala episod jamuan dan jamuan sepanjang bulan ini. Banyaknya jamuan raya yang bertimpa-timpa antara jabatan atau kejiranan. Namun hampir kebanyakannya saya tidak dapat hadir kerana demam. Selebihnya saya hampir tidak tergamak untuk terus makan dan makan sebaik Ramadhan berakhir. Alangkah satu jamuan sudah mencukupi untuk mewakili acara yang sama bertimpa-timpa. Atau, alangkah saya sering membayangkan harga jamuan rumah terbuka yang mahal itu dibawakan ke wilayah murba yang sangat memerlukan makanan dan makanan. Bukankah semasa Ramadhan, kita mengikuti kelas untuk memberi dan memberi. Dan saya sebenarnya mencari-cari mana kelas Syawal yang tenggelam dalam pesta makan dan makan. Mana kelas Syawal yang mengingatkan kita terhadap falsafah Ramadhan. Apa yang kita harus lakukan usai Ramadhan lalu menuju Ramadhan yang akan datang. Adakah saudara sudah diperingatkan?