30 Syawal hampir menutup segala episod jamuan dan jamuan sepanjang bulan ini. Banyaknya jamuan raya yang bertimpa-timpa antara jabatan atau kejiranan. Namun hampir kebanyakannya saya tidak dapat hadir kerana demam. Selebihnya saya hampir tidak tergamak untuk terus makan dan makan sebaik Ramadhan berakhir. Alangkah satu jamuan sudah mencukupi untuk mewakili acara yang sama bertimpa-timpa. Atau, alangkah saya sering membayangkan harga jamuan rumah terbuka yang mahal itu dibawakan ke wilayah murba yang sangat memerlukan makanan dan makanan. Bukankah semasa Ramadhan, kita mengikuti kelas untuk memberi dan memberi. Dan saya sebenarnya mencari-cari mana kelas Syawal yang tenggelam dalam pesta makan dan makan. Mana kelas Syawal yang mengingatkan kita terhadap falsafah Ramadhan. Apa yang kita harus lakukan usai Ramadhan lalu menuju Ramadhan yang akan datang. Adakah saudara sudah diperingatkan?

Comments

SALLEH DERMAWAN said…
Disiplin atau amalan bukan semudah diucap,Dr. Kadang-kadang manusia Melayu keliru antara tuntutan agama bertanding dengan hak agama. Adalah tugas kita, dengan kemampuan yang ada saling mengingatkan. Tahniah atas peringatan. Ramadan ialah ejaan yang betul ikut Kamus Dewan, jika Dr. setuju dengan saya. :)
Mawar said…
Cikgu Salleh,
terima kasih atas perhatiannya.
Memang banyak sistem ejaan Dewan yang saya langgar di blog ini.