Benar. Semakin banyak kita belajar, semakin yang kita temui adalah kedunguan sendiri. Menyambung kuliah dhuha mingguan yang lama ditangguhkan kerana Syawal, saya mendapati antara jawapan terhadap mengapa saya masih gagal dalam perihal iman yang cuba saya pelihara. Ustaz dhuha mengingatkan empat perkara dalam menuju taqwa yang kita mahukan usai Ramadhan (rujuk al Baqarah: 183). Ilmu..faham..yakin..amal. Perkataan yang sangat lazim. Namun itulah kata kuncinya; sedangkan saya dangkal sekali ilmu agama, konon saya faham tetapi adalah sebaliknya dan saya pura-pura meyakini padahal banyak yang saya tidak pasti. Cuma satu yang saya cuba bersungguh-sungguh untuk mengamalkan walau saya selalu tersandung dan mahu jatuh. Ya Allah. Kasihani kedunguan saya. Maka saya selalu seakan mahu mengemis daripada sahabat yang banyak dikurnia iman agar mereka dapat berbahagi. Saya menumpang nikmat iman mereka, agar suatu masa Allah redha dengan apa yang saya cuba perbuat. Insya-Allah. Tiba-tiba saya merasakan seperti berada di penjuru alam yang sangat sendiri, seperti belantara yang dipisahkan tasik atau panggil saja ia wilayah pengasingan. Mungkin di sana lebih mewaraskan...
Comments