Posts

Image
Kisah Dr N mengapa akhirnya dia memilih menjadi psikologis dan bukan ahli matematika. kisah lama seorang lelaki yang mengalami rayanan. saya mahu rehat, saya mahu pulang dan tidur. Dr N, pasti sahaja meminta lelaki itu berbuat demikian bila melihat dia begitu lelah dan tidak bermaya. beberapa jam lelaki itu pulang, dan Dr N mendapat panggilan lelaki itu mati di tangan sendiri. oh, saya mahu sahaja memindah cerita ke atas kertas. foto dirakam saat kami makan malam di muzium seni Baltimore (BMA).
Image
Pertama kali saya ke stadium bola (sepak amerika), dan rasakan kemeriahannya. mungkin sahaja dengan angin dingin musim rontok (tanpa asap rokok, oh, di tanahairku, bolehkah menonton dan merokok?). saya juga harus ambil kisah, warna baju atau skarf apa yang harus disarung. jadi tidak tentu arah bila di hujung permainan baru menyedari saya datang menyokong Ravens (dan Flacco ungu) dengan skarf warna pasukan lawan, Browns ! 0...0...
Image
  Once upon a midnight dreary, while I pondered, weak and weary, over many a quaint and curious volume of forgotten lore, while I nodded, nearly napping, suddenly there came a tapping, as of some one gently rapping, rapping at my chamber door."'Tis some visitor," I muttered, "tapping at my chamber door — Only this, and nothing more." Saya bertemu Poe dan The Raven (1845) di sudut Inner Harbor.
Image
Saya kembara lagi di lebaran kali ini...
Image
Lebaran yang singkat sekali tahun ini! Namun kesempatan yang ada pasti saya mahu menghulur dan memohon kemaafan dari semua yang disayangi...
Image
Salam Saudaraku, maaf zahir batin dan salam idulfitri salam tulus, ~ mawar sekeluarga ~
Image
Dalam kuliah puisi di awal pagi, saya mohon mahasiswa jadi lelaki budiman seperti yang saya kenal pada almarhum Pak Usman Awang. saya titip puisi masyhurnya, Kekasih, sebagai petua jadi budiman , alunan Ibrahim Bachik. ah, saya tak akan jemu mendengarnya! Akan kupintal buih-buih Menjadi tali mengikatmu Akan kuanyam gelombang-gelombang Menjadi hamparan ranjang tidurmu Akan kutenun awan gemawan Menjadi selendang menudungi rambutmu Akan kujahit bayu gunung Menjadi baju pakaian malammu Akan kupetik bintang timur Menjadi kerongsang menyinari dadamu Akan kujolok bulan gerhana Menjadi lampu menyuluhi rindu oh … Akan kurebahkan matari Menjadi laut malammu Menghirup sakar madumu Kekasih hitunglah mimpi Yang membunuh realiti Dengan syurga ilusi …
Image
Pagi minggu yang basah dek hujan panjang malam tadi, saya memandu sendiri ke kampus untuk kuliah. Suara Brother Yusuf memujuk dengan All Kind of Roses - antaranya all kinds of roses, creatures, children, faces and lanterns but there’s only One God, only One God has a place in my heart ...
Image
Rindu pada masakan bonda antara yang sangat dirasakan dalam ramadhan begini. bubur nasi berempah bonda sering juga dihiasi sambal terasi - belacan, lada merah dicampur tomato dadu, perahan serta hirisan kulit limau dengan sedikit gula. saya semakin mahir mewarisinya...
Image
Karuna ke bilik kerja saya katanya, "saya mahu cipta Hang Tuah sebagai saudagar rempah." ah, menarik sekali. kajilah rempah ratus yang ada. saya terus teringat filem menarik The Mistress of Spices, si mata merak Aishwarya Rai. sila baca respons entri ogos 27, mungkin sdr (mahasiswa SKMM2083) dan sdr juga (yang berminat menyertai kembara Hang Tuah kami) dikurniakan ilham! antaranya Siraj mahu tulis kisah HT dan senibina Melayu.
Image
Renungan Indah WS Rendra Sering kali aku berkata, ketika orang memuji milikku, bahwa sesungguhnya ini hanya titipan, bahwa mobilku hanya titipan Nya, bahwa rumahku hanya titipan Nya, bahwa hartaku hanya titipan Nya, bahwa putraku hanya titipan Nya, tetapi, mengapa aku tak pernah bertanya, mengapa Dia menitipkan padaku? Untuk apa Dia menitipkan ini pada ku? Dan kalau bukan milikku, apa yang harus kulakukan untuk milik Nya ini? Adakah aku memiliki hak atas sesuatu yang bukan milikku? Mengapa hatiku justru terasa berat, ketika titipan itu diminta kembali oleh-Nya ? Ketika diminta kembali, kusebut itu sebagai musibah kusebut itu sebagai ujian, kusebut itu sebagai petaka, kusebut dengan panggilan apa saja untuk melukiskan bahwa itu adalah derita. Ketika aku berdoa, kuminta titipan yang cocok dengan hawa nafsuku, aku ingin lebih banyak harta, ingin lebih banyak mobil, lebih banyak rumah, lebih banyak popularitas, dan kutolak sakit, kutolak kemiskinan, Seolah semua “derita” adalah huk...
Image
Hari ini saya mulakan bahagian kedua kuliah Penulisan Kreatif SKMM2083. antara tugasannya ialah menulis cerpen berasaskan Hang Tuah. mahasiswa akan bergerak dari catatan jurnal dalam blog masing2; menulis hampir setiap hari tentang diri mereka dan Hang Tuah. menarik! apa bentuk keakraban yang dilakri antara sdr dengan hero bangsa itu? hey, terimalah cabaran saya. untuk permulaan saya ajukan foto ini ( www.silat-melayu.blogspot.com ). kita sambung lagi nanti...
Image
Matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing. Yaasin: 40.
Image
Salam Ramadhan yang dinanti kepada semua sahabat dan saudaraku. Ampun maaf atas segala kekhilafan saya sekeluarga. Semoga Ramadhan kali ini dapat dilalui dengan seribu kebaikan. amin.
Image
Saya baru pulang meraikan mahasiswa yang menerima ijazah. kalungan TAHNIAH kepada semua anak didik yang berjaya. selamat kepada semua pelajar yang disayangi untuk menghadapi hidup baru; bak pantun NC - Biarlah orang bertanam buluh, mari kita menanam padi Biarlah orang bertanam musuh, marilah kita menanam budi.
Image
Aku akan tebarkan jala ini ke atas dunia. Aku yang mendapat segala-galanya yang baik dan yang buruk. Yang baik aku letakkan di sebelah kanan. Yang buruk aku asingkan di sebelah kiri.” (HHTSS, hlm. 167) Tahniah Sasterawan Negara ke 10, Dato Dr Anwar Ridhwan.
Image
Sdr dipersilakan hadir!
Image
Insya Allah jumpa nanti!
Image
Saya sering mahu menikmati teh panas pada sebuah petang yang aman dalam ruang kerja ini, seraya membuang pandang lewat jendela, seperti saya mahu membuang sama mengah kerja yang tidak pernah sudah. di luar kamar, saat itu pasti ada burung kecil dengan riang melompat antara ranting-ranting kemboja yang tidak jarang menjadi sahabat saya ketika menulis dan membaca di meja ini...
Image
Saya percaya, kasih sayang Dia kepada kita dalam pelbagai rupa. begitu juga wajah ujian yang kita terima. Zaleha, terima kasih atas kiriman foto daisy yang manis ini...
Image
Sekarang baru awal Syaaban, tiba-tiba saya mengenang tatkala bulan penuh menjelang...
Image
Wah, daun lalang, cantiknya! Dr H: ini pokok padi mini. heh, ohhh.... di Solo juga ada sawah padi terbentang. dan yang ini di meja makan hotel.
Image
Terbang ke Solo dari Bangi Mahu mencari sarung batik Terima kasih salam nan wangi Hati mengenang budi yang cantik
Image
Foto yang menangkap mata saya setiap kali berulang masuk keluar kamar di Hotel Ibis, Solo.
Image
Wajah fajar saat sayapku terbang menghala tanah Solo, awal minggu lalu.
Image
Menerima berita terbaru tentang nasib PPSMI semalam, menarik sekali untuk kita hadir sama esok. yuk!
Image
Beberapa minggu sudah saya menghadiri acara rasmi di Planetarium Negara. wah, saya temui warna bulan, dirakam teleskop lapan inci dan canon350D; selain menerima senyuman manis Kapten Dr Faiz Khaleed. yipie!
Image
Langit takwim baru buat mahasiswa saya yang pertama kali memasuki bilik kuliah. lewat sinar mata sejernih kejora, saya percaya sejarah bakal dirakam. ada makna besar yang akan dipetakan, insya Allah...
Image
Selamat datang mahasiswa baru ke kampus bangi. buat semua mahasiswa yang saya sayangi, kembali kita membaca sambil menikmati keindahan dari buku yang membijaksanakan.
Image
Sdr dipersilakan hadir. Meriahkan sastera Melayu kita ya!
Image
Riang sekali ada kadpos di kotak surat. lebih riang bila ia diiringi ucapan penghargaan. terima kasih Ilham, semoga ilham terus tumbuh dan berbunga cantik di atas kertas untuk dibaca orang...
Image
Berkali-kali mimpi ini datang dan ia begitu dekat. saya seperti melangkah masuk ke sebuah toko barangan Jepun yang sangat meriah. bercerita dengan Zahar rupanya Togari juga pernah mengisahkan perihal yang sama. tiba-tiba saja mimpi berada di depan mata saat kami enak bercerita! lucu dan indah rupanya bila mimpi jadi nyata ... ohaiyo gozaimas.
Image
Mawar, whose passion is experimentation, is rather straighforward in the short story, Message of Incense fron the Land of a Thousand Pura . She interweaves the real world and subconscious awareness, presence and absence, quest in life and loss of its meaning, in the midst of a nations grief. (Muhammad Haji Salleh, Sea of Rainbows , ITNM 2009).
Image
Antologi ini mengambil judul cerpen pemenang utama, adinda Serunai Faqir, dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008. cerpen saya turut mengisi - dia dari penjuru tahun lalu . antara komen panel penilai: cerpen ini mengangkat isu berkaitan potensi dan kualiti hidup masa depan wanita profesional selepas usia persaraan. idea cerpen ini terlihat segar dan progresif apabila cuba mengubah persepsi sosial yg sudah sebati bahawa wanita pesara tidak lagi perlu bergerak aktif...anjakan paradigma diajukan melalui penstrukturan semula persepsi lazim dengan mewujudkan sebuah komuniti wanita pesara... cerpen ini diperkuat oleh jalinan bahasa yg lancar ... bahasanya terpelihara dlm tatagubahan yg serasi dgn subjek cerita.
Image
Bagi yang sejiwa dengan saya tentang cokelat, ayuh ke coklathalal.com ! Jom...
Image
Senangnya hati muffin blueberry saya menjadi untuk Abah. Resepinya mudah sebab hanya guna tepung segera, baur air dan minyak jagung selain tambah jem anggur birunya ! Selamat Hari Bapa!
Image
Manis sekali bila sahabat lama tiba-tiba muncul dan menyapa khabar. Hati pasti jadi berbunga seperti sahabat saya ini yang muncul di taman kecil kami!
Image
Tulisan terbaru saya, dalam himpunan esei buku ini, Tragedi dan Kreativiti dalam Novel Melayu.
Image
Sdr dipersilakan menyertai Bengkel Penulisan Cerpen Kepezi 3-2009 pada 1-2 Ogos 2009 di DBP KL anjuran KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) bermula 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Yuran termasuk bimbingan dan jamuan (penginapan sendiri). Peserta tidak melebihi 20 orang. Bimbingan oleh Zaharah Nawawi & Mawar Shafei. Sdr dikehendaki menyediakan cerpen sepanjang 8 halaman ditaip langkau 2 baris dan menggunakan jenis huruf Times New Roman. Emel cerpen kepada Zaharah Nawawi di nemoku@tm.net.my berserta nama dan alamat penuh, no telefon, e-mel serta no kad pengenalan selewatnya 24 Julai 2009. Keterangan lanjut tel: 016-255 7030, 03-5635 3733. * Penyertaan awal diutamakan. * Sebarang perubahan tarikh dan tempat, akan dimaklumkan melalui e-mel peribadi, sms atau semak di http://kepezi.blogspot.com/ * Penyertaan secara automatik menjadi ahli Kepezi yang tidak memerlukan bayaran yuran dan tanpa tempoh masa. jumpa nanti ya!
Image
Awal pagi ini hujan sebentar dan saya dapat rasakan Tuhan mahu kita bahagia (baca: berfikir) sejenak sedang panas dan jerebu mengepung udara. saya juga pernah menulis tentang BYOBD - bawa beg sendiri waktu ke pasar atau mall. ini hadiah kecil kita untuk bumi, kan?
Image
mawar yang tumbuh cantik di sudut lawang Niujie Qingzhensi, Beijing. saya senang dengan bancuhan Islam dan Cina lama di masjid lebih seribu tahun, sejak Dinasti Liao (tahun 996) ini. seusai zohor saya bertemu pula Hadeejah, perempuan Xinjiang yang rona wajahnya seperti mawar yang sering memerangkap cinta...
Image
Wahai Tuhan yang sering memadam duka manusia, begitu banyakkah isyarat yang Kau hantar dan ternyata kami masih belum dapat mengerti? ( Dewan Sastera , Jun 2009) Cerpen saya ini bersama cerpen Siti Jasmina Ibrahim ( Entah Bila Sudahnya ), Faisal Tehrani ( Manifesto Mergastua ) dan Osman Dol ( Saya Mesti Teruskan!) Terima kasih kepada Dr Silfia Hanani Syafei dan Dr Suryadi yang menulis tentang Masitah.
Image
Hanya untuk makluman... alhamdulillah. selamat untuk kawan2 lain juga ( Mingguan Malaysia, Jun 7, 2009)
Image
Memanjat bukit bertangga batu ini melelahkan, sungguh. sambil meneguk air membuang mengah, madah Laozi seperti datang bersama angin dari gunung, the best of man is like water, which benefits all things, and does not contend with them (Dao De Jing, 2003). Foto ini saya rakam dari sebuah lukisan dalam kembara ke Beijing. ini kerja mimesis juga...
Image
  Foto ini saya rakam dari sebuah toko di bandaraya Beijing. kota ini saya namakan Kota Mawar kerana sepanjang lebuh raya dari lapangan terbang, pembahagi jalannya ditumbuhi kembang mawar pelbagai warna. bunga cantik ini saya lihat seperti gadis manis yang dilukis... * * * Anak Cina pulang ke China Anak Jambi pulang ke Jambi Puas sudah saya bertanya Belum dapat bunga yang wangi.
Image
Bunga, ia cantik di mana-mana pun... seperti sebuah persahabatan yang tulus. terima kasih kerana senang dengan rumah saya ini, Mel...
Image
Saat matahari membakar bumi, seorang sahabat menginsafkan saya tentang sejengkal matahari di atas kepala ketika di mahsyar. syukurnya dalam terik panas, kita masih dididik Tuhan. dan saat musim panas begini, rumah kami dicat hijau. kata Zahar, kempen rumah hijau...
Image
… Oktober mula mencurahkan hujan musim, yang biasanya berlarut-larut hingga Mac. Sejuta kaki hujan menikam gelombang, mengangkat tabir kabut di muka lautan. Hujan itu membuat langit Kiribati menjadi rendah. Kabut itu pula membuat samudera tidak terduga. ( Naratif Ogonshoto , 2001: 92) Selamat datang Sasterawan Dato Dr Anwar Ridhwan ke laman saya! terima kasih.
Image
Kota Buku , begitu kata TPM untuk wajah KL hujung tahun ini. kedai buku, acara berkaitan buku, mungkin juga arca buku. Nazwan dari Malmo bercerita tentang buku hidup , living book yang berupa manusia, boleh dipinjam dari perpustakaan untuk bercerita. voila!
Image
Selamat Hari Guru untuk semua GURU. Terima kasih, Cikgu!