Antologi ini mengambil judul cerpen pemenang utama, adinda Serunai Faqir, dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008. cerpen saya turut mengisi - dia dari penjuru tahun lalu. antara komen panel penilai: cerpen ini mengangkat isu berkaitan potensi dan kualiti hidup masa depan wanita profesional selepas usia persaraan. idea cerpen ini terlihat segar dan progresif apabila cuba mengubah persepsi sosial yg sudah sebati bahawa wanita pesara tidak lagi perlu bergerak aktif...anjakan paradigma diajukan melalui penstrukturan semula persepsi lazim dengan mewujudkan sebuah komuniti wanita pesara... cerpen ini diperkuat oleh jalinan bahasa yg lancar ... bahasanya terpelihara dlm tatagubahan yg serasi dgn subjek cerita.

Comments