Foto ini saya rakam dari sebuah toko di bandaraya Beijing. kota ini saya namakan Kota Mawar kerana sepanjang lebuh raya dari lapangan terbang, pembahagi jalannya ditumbuhi kembang mawar pelbagai warna. bunga cantik ini saya lihat seperti gadis manis yang dilukis...
* * *
Anak Cina pulang ke China
Anak Jambi pulang ke Jambi
Puas sudah saya bertanya
Belum dapat bunga yang wangi.

Comments

Sisipan Ilham said…
Salam mawar,
saya dah lama tidak singgah di sini. seperti biasa singgahan saya menggembirakan seperti perjalanan yang sudah-sudah. apatahlagi disambut dangan wajah berhias senyum manis. kembara saya di sini tidak pernah sia2. terima kasih
Unknown said…
Assalamualaikum. Dr. Mawar, saya baru saja beli Dewan Sastera Jun 2009. Tak sangka cerita Dr. Mawar trsiar kali ini. Sangat menarik bagi mereka yang ingin mengenali seiapa Mawar Shafei. Wassalam.
Mawar said…
Salam Sdr Sisipan Ilham
terima kasih.
senang sekali sdr gembira ke sini. saya juga senang mengenali sdr.
Mawar said…
W'salam Salle
ya, terima kasih. cerpen itu saya tulis lama dulu; terkesan tragedi tsunami. saya selalu tak mahu baca cerpen lama, sebab bunyinya macam budak baru belajar menulis!

eh, cerpen Salle?
Assalamualaikum, Kanda Mawar,
Tahniah atas kejayaan menerima HSKU 2008.

al-Kurauwi
http://ibnuahmadalkurauwi.wordpress.com
Mawar said…
salam dindaku
TAHNIAH buat dinda yang menang besar! alhamdulillah.