Posts

Showing posts from October, 2022
Image
  Saya teruja ke Seminar Sastera Borneo ini. Selain seminar pertama kehadiran bersemuka, ini adalah kerja lapangan saya terkait dengan penyelidikan yang masih berjalan. Saya berkesempatan bertemu dengan teman-teman penyelidik baru dan Sayang Sarawak.
Image
  Saya kembali terbang selepas dua tahun dikurung ketakutan serta kebingungan. Saya memejam mata saat pesawat mula menyertai awan gemawan dan getaran. Sama seperti ketika memasuki pintu mimpi dua tahun lampau. Menerimanya sebagai igauan atau benar ia harus diterima dan dilalui. Saat yang sama di luar kotak tingkap, semua awan menjadi seribu bunga cina. Ketika itu saya sangat rasa ditemani dan selalu berada dalam ingatannya.
Image
  Hari ini kami saling meninjau mata dan hati masing-masing selepas dua tahun semuanya terperangkap di dalam kotak kurungan. Saya sebenarnya sedikit malu apabila terus diperhatikan mahasiswa saat gurunya ini berdiri di hadapan ruang kuliah. Maka saya perkenalkan diri - sayalah selama ini yang berada di balik hijab layar. Mendahului perbincangan, kami sama-sama berdoa agar terus afiat dan menikmati jalan selepas ini dengan segenap syukur dan penuh Hidayah. Foto bunga putih bersih ini saya rakam di tepi batasan letak kereta di tempat saya bertugas, lama sebelum  mahasiswa kembali ke kampus. Kali ini melihat semangat dan keterujaan mereka di fakulti, duduk di kerusi kuliah menepati masa, saya seperti memetia kembali bilah kelopak indah ini. Kasihnya meruap merebak!
Image
Senang sekali menyertai RIKSA BAHASA XVI kali ini. Kami bercakap tentang bagaimana kesusasteraan membentangkan jati diri manusia. Saya menemukan watak-watak Melayu yang terhormat insaninya khas dalam memberi, berani, dan taazim terhadap alam. Lalu baru saya sedari reksa bermakna memelihara, menjaga. Indah sekali! 
Image
  Selamat datang mahasiswa baru FSSK, UKM. Ayuh kita terbang tinggi bersama-sama! #MAW2022 #terbangtinggibersamaFSSK
Image
 Antara ranting dengan kesuma, dan yang saya temukan adalah persoalan demi persoalan. Entah ke mana disulap angin, sahutannya.
Image
  Semakin berusia saya menjadi sangat memilih dalam hal  kenyamanan. Melihat perbukitan yang berselang lembah dan kabut siang. Antara terkibar ilalang, daunan dengan sapaan Bonda . Sangat berbahagia atas kurniaan Ilahi dan apa lagi yang mahu saya sanggahkan.