Saya kembali terbang selepas dua tahun dikurung ketakutan serta kebingungan. Saya memejam mata saat pesawat mula menyertai awan gemawan dan getaran. Sama seperti ketika memasuki pintu mimpi dua tahun lampau. Menerimanya sebagai igauan atau benar ia harus diterima dan dilalui. Saat yang sama di luar kotak tingkap, semua awan menjadi seribu bunga cina. Ketika itu saya sangat rasa ditemani dan selalu berada dalam ingatannya.

Comments

Anonymous said…
Kemanakah destinasi Sdr kali ini? Semoga menemui kebahagiaan yang sentiasa menyertai.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Menyeberang Laut CS saja dulu. Terima kasih. Amin Allahumma aamiin.