Hari ini kami saling meninjau mata dan hati masing-masing selepas dua tahun semuanya terperangkap di dalam kotak kurungan. Saya sebenarnya sedikit malu apabila terus diperhatikan mahasiswa saat gurunya ini berdiri di hadapan ruang kuliah. Maka saya perkenalkan diri - sayalah selama ini yang berada di balik hijab layar. Mendahului perbincangan, kami sama-sama berdoa agar terus afiat dan menikmati jalan selepas ini dengan segenap syukur dan penuh Hidayah. Foto bunga putih bersih ini saya rakam di tepi batasan letak kereta di tempat saya bertugas, lama sebelum  mahasiswa kembali ke kampus. Kali ini melihat semangat dan keterujaan mereka di fakulti, duduk di kerusi kuliah menepati masa, saya seperti memetia kembali bilah kelopak indah ini. Kasihnya meruap merebak!

Comments

Anonymous said…
Mawar putih
Seputih hati untuk menatap wajah2 pelajar yg telah lama menunggu untuk bersemuka
Mawar said…
Sdr Anonymous
Ada teman yang beritahu, ini bunga Cina.
Anonymous said…
Semoga semuanya dapat menghirup keharuman yang sama.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Semoga.
Anonymous said…
kelas bersemuka lebih menyeronokkan
Mawar said…
Sdr Anonymous
Benar. Tidak ada hijab ya!