Posts

Showing posts from December, 2020
Image
  Kita dikurung lagi Sdr. Siri kepungan 14 hari harus dilalui lagi saat memasuki tahun baru. Sesekali saya keluar untuk urusan di kampus, saya dapati jalanraya seperti dulu. Deretan kedai juga dibuka untuk urusniaga. Saya dengar di mall bahu Sdr boleh berlaga dengan bahu orang lain. Sdr, benarkah kita dikurung. Atau adakah erti kurungan itu hanya mengenakan pelitup muka, semak suhu dan imbas kod QR. Adakah  Sdr rasa dikurung?  
Image
  Penyakit baru saya. Datangnya sejak PKP pertama, atau mungkin lebih awal. Sisi baiknya, saya menjadi seorang yang cermat terhadap pemakanan. Saya banyak menimbang-nimbang. Tidak seperti sebelumnya, apabila saya lebih serong mengikut hati. 
Image
Pengakuan jujur, lama saya meninggalkan drama dan filem Melayu. Mengapa? Keluangan. Saya hampir tidak sempat duduk di hadapan kotak tv kerana masa banyak di ruang rasmi dan malam yang pendek buat saya. Minggu ini, saya dapat melarikan diri. Memasuki lingkungan yang jauh dari rutinitas, membuka ruang malam saya lebih lebar. Ya, saya berkesempatan menonton Misteri Mona. Mengapa membuat saya langsung menulisnya di sini. Mungkin saya memang gemar genre misteri, walaupun sebenarnya saya penakut. Biar saya mendahului empat lagi episod yang akan berakhir minggu hadapan. Saya menebak dan mahu mempercayai bahawa Mona itu adalah Anom (ejaan  nama yang dipusingkan juga). Saya melihat Anom dikurung dan dipasung masa lalunya dalam kewujudan Mona. Mainan pengarah, membawakan watak Nadeem, suami yang turut cuba merawat kesakitan jiwa Anom dan jiwanya sendiri. Saya melihat pembikinan Misteri Mona dirumuskan dari kemanusiaan hari ini yang saling bersilang antara kesedaran dengan masa lalu yang ma...
Image
  Sudah hujung tahun lagi, Sdr. Dan perjalanan tahun ini sungguh besar tantangannya. Bukan sekadar liku dan keluk. Bukan hanya keperitan dan kebingungan. Dan kita menjadi kelkatu, yang sering kehilangan sayap tipisnya. Namun walau menjadi kelkatu, saya seperti tahun-tahun lalu, kembali lagi ke ruang pelarian ini. Menghitung talun angin, menyaksi langit rendah yang kian bercantum dengan garis hijau laut, sambil kaki tua saya bersama-sama pasir yang menunggu takdir apakah selepas ini. Mungkin ada perutusan, di antara laluan ombak dan hening rasa. Ya, perutusan di dalam kaca. Message in a Bottle, antara filem kegemaran saya.
Image
 Selamat datang Sdr Mohamad Kholid Hamzah ke UKM!
Image
  Hari yang bersejarah juga untuk julung kali saya diminta memberikan ucaputama di tempat sendiri. Rasa penghormatannya berbeda jika dibandingkan saat saya berdiri di hadapan persidangan di luar negara untuk maksud yang sama. Ya, undangan POGRES 2020 , saya dapat rasakan sangat tulus. Terima kasih. Maka saya menyampaikan ketulusan juga tentang wilayah kesarjanaan yang saya lihat, yang saya lalui. Melalui naratif kemuning , saya membelah celah dahan, daun dan ranting untuk  membawa khalayak seminar ke banyak wilayah sains sosial dan kemanusiaan termasuk bahasa, komunikasi, sejarah, geografi, psikologi dan pasti sahaja bidang kecintaan saya, kesusasteraan. Mudah mudahan ada manfaatnya. Dan saya dengar ada teman yang mahu mendapatkan kemuning untuk bakal dipajang di laman rumah. Mudah mudahan mewangi terus.