Sudah hujung tahun lagi, Sdr. Dan perjalanan tahun ini sungguh besar tantangannya. Bukan sekadar liku dan keluk. Bukan hanya keperitan dan kebingungan. Dan kita menjadi kelkatu, yang sering kehilangan sayap tipisnya. Namun walau menjadi kelkatu, saya seperti tahun-tahun lalu, kembali lagi ke ruang pelarian ini. Menghitung talun angin, menyaksi langit rendah yang kian bercantum dengan garis hijau laut, sambil kaki tua saya bersama-sama pasir yang menunggu takdir apakah selepas ini. Mungkin ada perutusan, di antara laluan ombak dan hening rasa. Ya, perutusan di dalam kaca. Message in a Bottle, antara filem kegemaran saya.

Comments