Saya menerima foto yang mengesankan ini lewat telefon tangan. ia dirakam seorang jurugambar Iraq di sebuah rumah anak yatim. catatan yang mengiringinya antara lain menyatakan bahawa kanak-kanak ini tidak pernah melihat ibunya. lalu dilakar susuk perempuan yang dipercayai ibunya. merindukan dakapan bunda, dia mahu tidur dalam pelukan suci itu...
Posts
Showing posts from January, 2014
- Get link
- X
- Other Apps
Apa khabar? bagaimana perjalanan kehidupan sdr? kita masih dalam januari, walau sudah di penghujung. namun letihnya seperti sudah separuh kotak takwim 2014 kita jalani. banyak kerja, perancangan yang sudah tunggang terbalik. apa yang seharusnya berlaku dalam mac, tiba-tiba perlu diselesaikan seawal januari ini. ya Allah. apalagi yang boleh dilakukan selain meneruskan perjalanan mengikut isyarat angin. dan kita juga letih bila sampai di muka pintu saat azan maghrib hampir dilaungkan. namun setiap kali melepasi ruang menonton di rumah, saya akan sempat menjengah rancangan masakan yang sedang diminati ketiga-tiga kami. Master Chef Australia: The Professionals. saya terkesan dengan susuk Chef Marco. gayanya. parau suaranya. budimannya bukan sahaja pada perempuan tetapi lebih terhadap cerita yang dibawa setiap masakan yang dibentangkan. cooking is a philosophy, not a recipe . yes Marco!
- Get link
- X
- Other Apps
Kelmarin, di pejabat, saya didatangi anak-anak yang banyak bertanya tentang kerja penulisan saya. sejak bila menulis? bagaimana memperoleh ilham? bila waktu menulis? cerpen apa yang paling memuaskan hati? itu saya fikir soalan lazim. cerpen pertama saya disiarkan buat pertama kali pada 1986 waktu saya dalam tingkatan tiga. cerpen saya yang disiarkan dalam akhbar perdana dan memenangi hadiah sastera kali pertama adalah pada tahun 1994 semasa saya masih bergelar mahasiswa universiti. jauh perjalanan saya berkarya secara serius sudah memasuki angka 20 tepat. pelbagai rupa pengalaman yang saya jalani. yang manis. yang pahit. apalagi yang saya mahukan?apalagi yang tidak dapat membuat saya bersujud bersyukur? ini foto rak buku yang dibelikan Zahar sebulan lalu. sekarang sudah diisi. saya juga pernah mendepani kekosongan dalam perjalanan 20 tahun itu...
- Get link
- X
- Other Apps
Dari Studio Shairul Pernahkah sdr tiba-tiba didatangi nasihat yang susuknya seperti arah pandu untuk satu peleraian gundah. ia datang ketika hati sedang tidak tenteram. nasihat itu tiba-tiba berdiri di hadapan mata tanpa ada angin yang membawa isyarat. ia datang tanpa diduga sama sekali, tanpa diminta-minta. saat nasihat itu masuk ke ruang kalbu, ia membuat sdr jadi begitu malu. ya, saya didatangi nasihat lewat seorang lelaki pikun. saya jadi gementar bagaimana si pikun ini tahu apa yang ada dalam kepala dan hati saya. sdr tahu apa nasihat lelaki pikun Ranjau Sepanjang Jalan ini yang mengesankan saya? syukur dan sabar ( lanjutan daripada nasihat itu, biar saya simpan dalam hati). saya terkasima. kemudian saya sedar, Allah mendengar resah saya. Allah!
- Get link
- X
- Other Apps
Semalam Alif Matiin baru mula ke sekolah. semuanya baru. beg baru. pakaian seragam baru. kasut baru. semangat bangun pagi yang baru! saya seperti hari pertama melepaskan anak ke sekolah, menyimpan debar membayangkan anak bujang saya yang tangan kirinya masih berandung memanjat kelasnya di paras tiga dengan menggalas beg di bahu kanan. perlahan-lahan saya menampal risau dengan doa panjang agar Alif Matiin dipelihara malaikat sepanjang hari. kasihannya saya pada Alif Matiin. sebentar saya teringatkan pujukan kuliah ustaz, cinta dan kasihan Rasulullah melangkaui apa yang seorang ibu rasakan terhadap anaknya. saya lebih sebak!
- Get link
- X
- Other Apps
Allah memberi hanya yang terbaik buat kita. saya sangat percaya. kemalangan Matiin ternyata membuat anak saya mungkin sahaja tidak dapat meneruskan kelas tae kwan do setiap hujung minggu paling kurang untuk setahun ini. apa yang Allah berikan suatu yang lebih baik buatnya ialah menggantikan kelas pertahanan diri itu dengan kelas membaca al Qur'an dan menulis jawi. alhamdulillahi rabbil alamin. terima kasih buat ustazah Zafariah yang bersedia membimbing anak kami. dan kali ini, dengan adab belajar, Alif Matiin yang ke rumah guru dan bukan sebaliknya. ternyata pengalaman kami sebelum ini meminta guru datang mengajar al Qur'an di rumah, sangat mengasuh kami untuk tahu adab berguru. semoga anak saya terang hatinya dan terus mencintai al Qur'an. saya tiba-tiba teringat muqaddam dan surau kecil kami di Temasek...
- Get link
- X
- Other Apps
12 rabiul awal. tarikh yang membawa kita lebih dekat dengan Rasulullah; mengingati detik kelahiran manusia yang membawa rahmat kepada sekalian alam sehingga ke nafas terakhirnya. Zahar mengarah kami lebih banyak mengingati Rasulullah (salawat) beberapa hari ini. baca sirah dan kisah Rasulullah atau dengar alunan dari cd tentang baginda yang tercinta. nanti di meja makan, kami akan bertukar cerita tentang Muhammad Abdullah. Zahar sudah khatam beberapa buku biografi Muhammad yang Agung sejak masuk bulan ketiga ini. semoga bulan kelahiran Rasulullah, bulan bermulanya musim bunga, memberi ilham untuk beribadah dengan lebih ikhlas. dan saya pula mahu membaca ayat al ahzab: 56 bila bertemu Zahar dan Matiin di meja makan nanti, sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bersaalawat untuk Nabi. hai orang-orang yang beriman, bersalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya . dengannya juga saya mahu menyemat empat perkara untuk menambah iman: tiada...
- Get link
- X
- Other Apps
Saya tidak suka berlari sejak kecil (maka saya hanya handal sebagai GS dalam kumpulan bola jaring kami). selalunya, saya punya satu ribu satu alasan untuk tidak berlari di padang sekolah. sesekali dipaksa berlari, kawan-kawan menggelar saya penguin. memang, ia kenangan lucu. apatah jika dipaksa berlari sekarang, setelah puluhan tahun saya meninggalkan lumba lari . biarlah, saya hanya jadi penonton pelari lain. mereka ternyata pelumba yang sedang ghairah untuk sampai ke garis penamat. cukuplah. ya, cukup. saya mahu berhenti berlari. bukankah saya suka meminta-minta pada Allah yang bunyinya begini,
- Get link
- X
- Other Apps
Si buku tipis KEPUTUSAN SAYEMBARA PENULISAN ITBM-PENA-BH KATEGORI NOVEL : Hadiah Pertama (RM15,000 + medal + sijil) Wan Nor Azriq Wan Mokhtar D.U.B.L.I.N Hadiah Kedua (RM12,000 + medal + sijil) Sri Rahayu Mohd Yusop Qalam Kalbu Hadiah Ketiga (RM9,000 + medal + sijil) Zubaidah Ishak Pertemuan Musim Semi Hadiah Sagu hati (7 x RM3,000 + medal + sijil) • Ruhaini Matdarin (Anatomi Rupert) • Abd Razak Adam (Tujuh Keturunan) • Ariff Mohamad (Semenanjung Menangis) • Md Nizar Parman (Jajahan Bonda) • Neor Muhammad Azri Neor Razak (Hari-hari Yuda) • Sharazi Mohd Sheriff (S.P.Q.R) • Mohd Fadzli Yusof (Nuansa Cita) KATEGORI KUMPULAN CERPEN : Hadiah Pertama (RM10,000 + medal + sijil) Ruhaini Matdarin Melawan yang Mustahil Hadiah Kedua (RM7,000 + medal + sijil) Moh Azam Rezali Sayang Perahu, Mudik Hilir Hadiah Ketiga (RM5,000 + medal + sijil) Radzemah Bolhassan Sagu, Ikan Salai Hadiah Sagu hati (7 x RM2,000 + medal + sijil) • Mawar Shafie (Narasi Gua...
- Get link
- X
- Other Apps
Alif Matiin masih dalam cuti sakit. tangan kanannya masih diandung. maka kami memberikan kelas peribadi sendiri. mummy dan bapak menjadi guru bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan matematik yang garang untuk dua minggu ini. pastikan murid darjah dua ini tidak ketinggalan dalam menyelesaikan kerja buku aktiviti. Alif Matiin antara mitos anak lelaki yang sukar tumpukan perhatian waktu belajar. dan ia sangat menguji kesabaran orang tua!
- Get link
- X
- Other Apps
2014! saya masih ingat bagaimana lima belas tahun lalu, dari tahun 1999 kita mahu menyambut tahun 2000. untuk pertama kali tahun bermula dengan angka dua. kegusaran. keterujaan. ada juga ketakutan dan tidak tahu apa yang akan berlaku apabila memasuki abad baru. sedang tahun bertukar, masa yang diperuntukan Allah tinggal sedikit bakinya. maka apa makna tahun baru; masihi atau hijriah? mahu memulakannya dengan semangat yang lain? ada keazaman yang menjulang? saya mengalu-alukan sesiapa yang mahu berbahagi petua atau panduan untuk menambah amal sempena tahun baru. saya pernah ditegur dalam blog ini, usah umumkan ibadah khusus yang saya lakukan siang atau dinihari. jangan menunjuk-nunjuk. sedang dalam hati saya, alangkah jika ada yang mahu berbahagi betapa tekalnya dapat berpuasa isnin-khamis. besarnya hati saya jika ada yang mahu memberitahu setiap hari ada pesanan dari al Qur'an yang memandu hati. atau dengan rendah hati saya mahu mencintai ...