12 rabiul awal. tarikh yang membawa kita lebih dekat dengan Rasulullah; mengingati detik kelahiran manusia yang membawa rahmat kepada sekalian alam sehingga ke nafas terakhirnya. Zahar mengarah kami lebih banyak mengingati Rasulullah (salawat) beberapa hari ini. baca sirah dan kisah Rasulullah atau dengar alunan dari cd tentang baginda yang tercinta. nanti di meja makan, kami akan bertukar  cerita tentang Muhammad Abdullah. Zahar sudah khatam beberapa buku biografi Muhammad yang Agung sejak masuk bulan ketiga ini. semoga bulan kelahiran Rasulullah, bulan bermulanya musim bunga, memberi ilham untuk beribadah dengan lebih ikhlas. dan saya pula mahu membaca ayat al ahzab: 56 bila bertemu Zahar dan Matiin di meja makan nanti, sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bersaalawat untuk Nabi. hai orang-orang yang beriman, bersalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. dengannya juga saya mahu menyemat  empat perkara untuk menambah iman: tiada apa yang dimiliki di dunia ini, tiada upaya diri ini, empati kepada yang lain, serta sentiasa memikirkan kehebatan Allah.

Comments