Apa khabar? bagaimana perjalanan kehidupan sdr? kita masih dalam januari, walau sudah di penghujung. namun letihnya seperti sudah separuh kotak takwim 2014 kita jalani. banyak kerja, perancangan yang sudah tunggang terbalik. apa yang seharusnya berlaku dalam mac, tiba-tiba perlu diselesaikan seawal januari ini. ya Allah. apalagi yang boleh dilakukan selain meneruskan perjalanan mengikut isyarat angin. dan kita juga letih bila sampai di muka pintu saat azan maghrib hampir dilaungkan. namun setiap kali melepasi ruang menonton di rumah, saya akan sempat menjengah rancangan masakan yang sedang diminati ketiga-tiga kami. Master Chef Australia: The Professionals. saya terkesan dengan susuk Chef Marco. gayanya. parau suaranya. budimannya bukan sahaja pada perempuan tetapi lebih terhadap cerita yang dibawa setiap masakan yang dibentangkan. cooking is a philosophy, not a recipe. yes Marco!
Comments