Posts

Showing posts from September, 2013
Image
Perempuan pengasih yang baru pulang, sebenarnya meninggalkan kami bukan sahaja dengan lebatnya rindu terhadapnya tetapi juga seorang lelaki pikun untuk kami depani. dan ternyata lelaki itu  seakan tidak mampu memangku takdir yang turun buatnya. ya, abah sudah bermimpi emak melambai-lambai dan datang memegang lengannya genap lima hari dia belajar hidup sendiri. saya berusaha untuk tidak menangis ketika mendengar cerita itu selain berkata, saya juga akan ke sana, abah. dan saya teringat si melur yang gugur di bahu lalu jatuh di sisi pusara emak.
Image
Dia yang saya kenali sebagai perempuan pengasih. sangat murah hati dengan dakapan. sangat mencintai persaudaraan. sangat dermawan dengan apa yang dimilikinya. saat perempuan pikun itu dirapikan di hadapan kami, saat kami mahu berdiri berdoa untuk mengiringi kepulangannya, saya sedar, saya berhadapan dengan banyaknya yang datang untuk menyatakan rasa cinta. sekarang, ternyata perempuan pengasih itu sudah berpindah ke tempat baru. perbukitan yang menjadi latar, mula tumbuh dengan doa dari kami. mak, doa saya yang luhur, mak dikasihi Allah dan para malaikat, sebagaimana mak mengasihi kami sebelum ini. al fatehah buat bonda mertua saya, Patimah Hashim ,  yang melalui jalan pulang pada 24 september 2013.
Image
  Alif Matiin  semakin seronok bangun pagi untuk ke surau kecil kami. sudah tidak peduli dengan tidur yang enak menjelang pagi atau perlukan air hangat untuk mandi. masya Allah. anak saya sangat menanti-nanti azan subuh yang memanggil. alangkah kita dapat memulakan hari yang dini dengan semangat seperti anak kecil yang bahagia ke surau saat dinginnya pagi. saya tahu, dia akan mendongak mencari bintang dan saya selalu mahu dalam hatinya mengenang kebesaran Pencipta langit yang indah itu. o, alangkah saya menumpang kecintaan Alif Matiin untuk solat berjemaah subuh!  
Image
Jarang saya bekerja rasmi hingga lewat malam; sedang saya adalah a morning person . namun dalam menahan kelat mata berhadapan dengan anak-anak yang mahu belajar, akhirnya keletihan saya dilunakkan dengan ingatan terhadap Rasulullah. betapa saya menghormati anak kecil ini, semoga suatu hari dia juga tahu erti susila terhadap orang lain. mungkin begitu ujar Rasulullah saat mengusap dan menggendong anak kecil yang dihormatinya. saya juga terkesan dengan hikmah dan rahmah Allah menyediakan ruang rasa menghormati dalam hati kita. nah, sayangi anak-anak kerana dosa mereka tidak sebanyak kita yang sudah tua ini. dan hormati juga ibu-ibu dan bapa-bapa kita kerana, masya Allah, begitu banyak amalan baik yang sudah dilakukan mereka untuk mendapat redha Allah. dalam kelat mata menjelang tengah malam, saya sempat merayu kepada anak-anak yang mahu belajar di hadapan saya itu agar menghormati dan menghargai bidang atau ilmu orang lain. jangan ada keangkuhan dengan sedikit ilmu dalam dada, kerana d
Image
Sejauhmana kesibukan dengan kerja menjadikan kita terpenjara dengan dunia? takutnya saya mendengar kelaknatan Allah terhadap dunia. tiada satu pun yang dipuji tentang dunia kecuali terkandung di dalamnya zikir kepada Allah. dan gerunnya saya apabila diberitahu bahawa manusia yang mencintai dunia akan dikurung dengan 3 petaka ini: kesedihan, kelelahan dan kerugian. ya Allah! saya melihat meja kerja saya yang berserakan dengan kertas, buku dan perancangan demi perancangan. ya Allah!
Image
Takwim hijrah sudah memasuki zulkaedah. sudah  jauh meninggalkan rabiul awal, bulan yang banyak mengakrabkan kita dengan Rasulullah. namun, semakin dalamkah cinta sdr kepada baginda yang sangat mengasihi kita? semakin banyakkah amalan sunnah mahu kita bawa masuk ke dalam gerak pekerjaan seharian? sedang, bukankah itu tanda atau jalan untuk kita menumbuhkan cinta terhadap insan mulia rahmatan lil alamin. keindahan cinta itu apabila kita tidak pernah bertemu dengannya. kelunakan cinta itu membuat kita selalu dalam keharuan...

Keangkuhan

Image
Tidak masuk syurga seseorang itu, walau ada sebesar biji sawi keangkuhan dalam hatinya.     seingat saya ia catatan dari satu hadith dan ia sangat menakutkan. sukarnya untuk tidak terpercik kesombongan itu walau saya tahu ia getar hati yang masuk dengan susuk yang sangat hodoh, walau saya tahu selepas itu, sesal yang menggunung datang menimpa kepala saya. ya Allah, yang Maha Menjadikan, saya yang dicipta daripada air yang hina,  memohon ampun...
Image
Terima lagi kiriman buku. masya Allah budimannya teman-teman saya. semoga mereka dirahmati dan dikasihani Allah. seperti salah satu daripada baris-baris Gibran, kata-kata terlalu miskin dan tak memadai untuk menyatakan isi hati nurani manusia. terima kasih.
Image
  Zahar baru menghadiahkan saya satu himpunan buku masakan seminggu oleh Chef Hussin Khan. banyaknya yang mahu dicuba! hujung minggu kali ini, bersama adik ipar tersayang, kami bergabung bahu menyediakan nasi semangka berlaukkan ayam percik sos mempelam. nanti akan saya letakkan resepinya di catatan tanggah. boleh cuba!