Sejauhmana kesibukan dengan kerja menjadikan kita terpenjara dengan dunia? takutnya saya mendengar kelaknatan Allah terhadap dunia. tiada satu pun yang dipuji tentang dunia kecuali terkandung di dalamnya zikir kepada Allah. dan gerunnya saya apabila diberitahu bahawa manusia yang mencintai dunia akan dikurung dengan 3 petaka ini: kesedihan, kelelahan dan kerugian. ya Allah! saya melihat meja kerja saya yang berserakan dengan kertas, buku dan perancangan demi perancangan. ya Allah!

Comments

RayyanZilfi said…
Ketika memperkatakan tentang kelazatan, keasyikkan dan angan-angan yang tinggi tentang dunia, saya rasa malu dan tertipu.betapa dunia yang bagaikan seorang wanita tua yg hodoh, bernanah itulah yang saya kejarkan.amat jarang saya sedar tentang ini.kerap kali pula leka dan terpegun dengan dunia.biarlah rasa cinta terhadapnya mengalir keluar.moga kita sentiasa dibimbing dan membimbing tentang hakikat dunia.
Yaa Rohiim, bimbinglah kami tatkala kami tersasar.