Alif Matiin semakin seronok bangun pagi untuk ke surau kecil kami. sudah tidak peduli dengan tidur yang enak menjelang pagi atau perlukan air hangat untuk mandi. masya Allah. anak saya sangat menanti-nanti azan subuh yang memanggil. alangkah kita dapat memulakan hari yang dini dengan semangat seperti anak kecil yang bahagia ke surau saat dinginnya pagi. saya tahu, dia akan mendongak mencari bintang dan saya selalu mahu dalam hatinya mengenang kebesaran Pencipta langit yang indah itu. o, alangkah saya menumpang kecintaan Alif Matiin untuk solat berjemaah subuh!
Comments
masyaAllah. amin ya Rabb!