Posts

Showing posts from December, 2012
Image
Hari terakhir 2012, saya masih bekerja dengan menyemak  penulisan mahasiswa. ia juga hari terakhir mereka menghantar tugasan sebelum minggu ujian. saya teringatkan rumah yang masih perlu dibersihkan selepas kerja pengubahsuaian berjalan lebih sebulan. rasanya inilah kali pertama dan terakhir rumah kami digubah setelah lebih dua belas tahun dihuni. ia kerja yang sangat melelahkan dan memedihkan hati. semoga tahun baru masihi yang datang esok banyak memujuk saya yang semakin tua ini...
Image
    Hari ini, pertama kali Alif Matiin ke sekolah untuk sesi orientasi. menghadiri perhimpunan, ujian saringan, mendapatkan buku teks dan membeli buku lainnya. aduhai, bersejarahnya!
Image
Alhamdulillahi rabbil alamin. kesyukuran yang paling dalam sempena jumaat yang mulia. kali ini cerpen Benarlah Kata Angin itu, dan Saya  Meneruskan Perjalanan (Mingguan Malaysia, 7 november 2010) dan esei Hubungan Melayu-Cina dalam Cerpen Melayu (Dewan Sastera, Jun 2010) memenangi tempat dalam HSPM 2010/2011. terima kasih kepada panel penilai! terima kasih kepada kawan-kawan yang mengirim kawat tahniah. terima kasih kepada dua sahabat yang turut menemani saya ke Hilton. memang jumaat yang bersejarah.
Image
Esok hari natal, saya memujuk hati untuk ke pejabat hari ini. begitu juga saya memujuk si Mohican untuk bangun di pagi yang mendung. kami menghentikan perkhidmatan air panas  Mohican untuk dia tahu segarnya air apabila bermulanya hari. banyak cerita harus disusun untuk menggerakkan anak mandi di pagi yang dingin.  antara plot cerita itu ialah tentang hari natal dan dengannya saya mengingat sahabat yang akan meraikan seperti Susana, Stefanie, WC, Eskay, Sis G, Gloria K Estafan ... dan Alif Matiin bertanya,  adakah salji akan turun esok, seraya melihat langit di luar jendela. selain mahu meluncur, katanya mahu memancing di rekahan ais. aduhai, anakku ...
Image
Allah, betapa jumaat datang lagi. baru sepagi ini banyak yang saya lalui. dalam lalu lintas urusan di rumah, di bengkel kereta, di pejabat, ya seen dan as sajda,   sempat saya ikuti di dalam kereta. saya masih berhutang dengan al waqia . semalam petang saya menyudahkan al kahf. begitulah terlalu banyak yang mahu dilakukan sedang entah sedikit masa yang tinggal. dan saya bergegas mendoakan agar kita dijauhkan daripada gangguan syaitan dan nafsu jahat. saya mohon diampunkan Allah sesiapa yang berbuat nista dan sesiapa yang bersilang faham terhadap saya.
Image
saya tidak lagi ke fb. dengan rendah hati saya memaklumkan. saya melihat ruang bermasyarakat itu dengan mata yang kosong. ini rakaman foto semalam. sewaktu makan tengahari di sebuah rumah makan yang mengilhamkan. ruang makan yang kosong saat kami masuk, lalu meriah bila hari semakin panas. 
Image
Sudah lama saya tidak keluar makan dengan kawan-kawan. makan tengahari saya selalu di bilik kerja dengan bekalan dari rumah atau jika Zahar kelapangan, akan hantar nasi dan lauk kegemaran isterinya ke pejabat. tengahari tadi saya dibelanja makan tengahari di sebuah restoran yang cantik. makan tengahari yang bukan sahaja meraikan kejayaan teman tetapi meraikan persahabatan yang sering terpenggal-penggal. enak juga makan siang di luar rupanya. terima kasih kawan! 
Image
Sekali lagi saya bertugas di luar daerah dan latarnya menghadap pantai. resort kali ini sangat mengilhamkan dengan reka hias tradisional tempatan. saya menjengah banyak sudut, antara yang menarik adalah ruang ini. saya sedang mengarang dan ia memasuki perlahan-lahan ruang imaginasi saya.  
Image
TAHNIAH kepada semua mahasiswa saya yang terlibat dalam projek tugasan kursus SKMM6013 Kesusasteraan dan Falsafah Melayu, SKMM3013 Sastera Bandingan dan SKMM1063 Pengenalan Persuratan Melayu. dari kerja pengurusan kepada pengisian dengan penghasilan dokumentari kepengarangan Melayu, cd promosi genre sastera, pembentangan, pidato, persembahan puisi dan lagu puisi serta pameran tokoh. semoga banyak yang dipelajari dan dimanfaatkan.
Image
Beberapa projek mahasiswa yang berlaku serentak minggu ini. bermula dari sesi pemerhatian kuliah Penulisan Kreatif, bersambung ke persediaan Hari Persuratan Melayu. melihat perkembangan pengurusan projek, mutu pengisian di samping terus memahat ingatan bahawa ini bukan sekadar tugasan dan markah. perjalanan membelah malam, menonton langit yang berselang awan, sesekali meninjau saf isya' seraya mengamin doa. ia adalah rakaman betapa saya bersyukur. sebaik mahasiswa yang saya sayangi berada dalam bas untuk dihantar pulang, hujan luruh dengan nada yang damai. sms saya kepada Rai, ketua kumpulan, sesungguhnya cuaca sangat mahu bersahabat. cuaca putrajaya menyambut kita dengan azan isya' antara angin separuh dingin, kemudian menghantar kita pulang dengan hujan rahmat-Nya. hari ini saya akan berada di dalam dewan dan tapak pameran/jualan untuk persiapan akhir Hari Persuratan Melayu kami. terima kasih Allah!
Image
Hari ini merupakan kali terakhir saya berjumpa Shila di pejabat. awal pagi, dia seperti biasa membersihkan ruang kerja saya dan mula bercerita yang akhirnya tiba di titik, saya harus berhenti kerja kerana ... saya baru sedar antara banyak yang saya jumpa dan kenal, Shila  mudah buat airmata saya tumpah. melihat mata, susuknya yang pipih namun sangat kelihatan ikhlas bekerja, semuanya itu buat saya sebak. baru-baru ini rumahnya dipukul bah setinggi bahu. anak keduanya yang masih bayi diusung ke dewan orang ramai dengan suami yang uzur. saya mendoakan Shila sekeluarga dikasihani Allah.saat kami erat berdakapan, Shila tidak henti-henti mendoakan saya, Zahar dan Alif Matiin. dan jumaat yang mulia ini saya membaca, sesungguhnya orang yang benar-benar percaya kepada ayat-ayat kami adalah mereka  yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat itu mereka segera bersujud seraya bertasbih dan memuji Rabbnya, dan lagi pula mereka tidaklah sombong (as sajda: 15). hingga jumpa Shila...
Image
masjid putrajaya Ada beberapa acara yang akan diikuti pelajar Penulisan Kreatif saya; sebahagian kerja pemerhatian mereka sebelum berakhirnya kuliah semester ini.   10 disember: ke Masjid Putrajaya  untuk   meneroka penciptaan hari (7.30 malam)   12 disember: diundang ke Hari Persuratan Melayu di auditorium siswa (8.30 pagi)   21 disember:  menyaksikan tayangan filem di Balai Busana Melayu (2 petang)      semoga mereka menanggap dengan mata dan fikiran yang berbeza.
Image
Menyalin  puisi sahabat saya, Rahimidin Zahari , "mawar" ( dewan sastera , disember 2012).   Sewaktu sekolah rendah kegemaranku menanam mawar sehingga berbunga dan berkembang mawar di lembah hatiku.   Sewaktu sekolah menengah seorang teman baik menghadiah perfume mawar dan berbekaskan mawar sehingga tubuhku berbau mawar.   Setelah menjadi bapa seorang teman pelukis Abu Bakar Idris menghadiah catan sekuntum mawar hitam yang disamarkan putih dengan judul puitis 'Bisikan Misteri' dan setiap hari aku seperti mendengar bisik misteri itu.   Dari KLIA ke Ghuangzau aku menghabiskan tiga jam 50 minit dengan membaca 'Mawar yang Hilang' karya Serdar Ozkan terbitan ITNM di Beijing Lu satu malam aku tertarik pada headgear dan kostum penjual aku membeli sebentuk cincin perak berbungakan mawar tanpa menawarnya.   Di tengah sesak manusia aku menyusur pulang ke hot...
Image
Sejak konflik menjadi tua dengan tiba-tiba , minyak zaitun   menjadi  begitu istimewa. bukankah ia juga disebut-sebut dalam al Qur'an. at- tin: 1: demi buah tin dan zaitun.   al-mukminun: 20: dan pohon kayu keluar dari Thursina (pohon zaitun) yang menghasilkan minyak dan pemakan makanan bagi orang-orang yang makan. an-nur: 35: Allah adalah cahaya seluruh langit dan bumi. perumpamaan cahaya Allah adalah seperti sebuah tempat pelita di dalamnya ada pelita besar. pelita itu berada dalam kaca dan kaca itu seakan-akan bintang yang bercahaya seperti mutiara yang dinyalakan dengan minyak dari sepohon yang penuh barakah (pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak di sebelah barat), minyaknya hampir-hampir menerangi walaupun tidak disentuh api lantaran minyak itu sangat bening berkilau. cahaya di atas cahaya berlapis-lapis. Allah membimbing kepada cahaya-Nya yang Dia kehendaki dan Allah membuat perumpamaan  bagi manusia. dan Allah Maha Mengetahui seg...