Hari ini merupakan kali terakhir saya berjumpa Shila di pejabat. awal pagi, dia seperti biasa membersihkan ruang kerja saya dan mula bercerita yang akhirnya tiba di titik, saya harus berhenti kerja kerana ... saya baru sedar antara banyak yang saya jumpa dan kenal, Shila  mudah buat airmata saya tumpah. melihat mata, susuknya yang pipih namun sangat kelihatan ikhlas bekerja, semuanya itu buat saya sebak. baru-baru ini rumahnya dipukul bah setinggi bahu. anak keduanya yang masih bayi diusung ke dewan orang ramai dengan suami yang uzur. saya mendoakan Shila sekeluarga dikasihani Allah.saat kami erat berdakapan, Shila tidak henti-henti mendoakan saya, Zahar dan Alif Matiin. dan jumaat yang mulia ini saya membaca, sesungguhnya orang yang benar-benar percaya kepada ayat-ayat kami adalah mereka  yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat itu mereka segera bersujud seraya bertasbih dan memuji Rabbnya, dan lagi pula mereka tidaklah sombong (as sajda: 15). hingga jumpa Shila!

Comments

http://ahmadzakirin.blogspot.com/
Mawar said…
Zakirin
terima kasih.
saya akan ke blog sdr.
bagaimana dengan hoki? menang?
Unknown said…
http//sulaikhayusoff.blogspot.com
pertemuan dan perpisahan adalah pasti. Bercantum menjadi Tawa lara. Saya juga sangat rindukan PM Dr. Semoga sentiasa gembira ya PM Dr ;-(
Anonymous said…
Pertemuan dan perpisahan adalah pasti. Bercantum menjadi tawa dan lara. Saya juga sangat terkenangkan PM Dr Mawar, Semoga sentiasa dalam rahmat-Nya..;-(
Mawar said…
Sulaikha
saya sudah ke blog sdr.
terima kasih.
Mawar said…
FarRohani
terima kasih atas ingatan.
semoga sdr terus dirahmati, dikasihani dan diampuni Allah.
ardisia said…
Aduh! Belum sempat habis membaca khabar yang agak sedih ini, airmata sudah bergenang.saya pula baru 'mengkebumikan' 2 anak momo (cicit Kitty) yang ibunya saya panggil Melor.Dari malam tadi saya memikirkan, bagaimana untuk tanam,walaupun hanya kucing,saya tidak sampai hati untuk buang begitu sahaja.Alhamdulillah,sebaik sahaja mencapai cangkul di Maahad itu, terus menuju ke arah sungai dan perkuburan Islam, saya nampak seorang lelaki sedang mencangkul.singkat cerita,dia yang tolong korek 'kubur'.Alhamdulillah.dipermudahkan.agak kerap mengambil laluan itu tetapi tak pernah dipertemukan dengan orang yang sedang mencangkul.
Mawar said…
Ardisia
maaf baru perasan catatan ini.
selamat kembali anak-anak momo.
saya ada seorang sahabat yang sangat menyayangi kucing. pernah mengadakan acara pengkembumian dengan menjemput kami, rakan-rakan pejabatnya. kubur kecil itu di hadapan kediaman mereka...