
Semalam hujan begitu lebat di bangi dan memerangkap saya untuk terus berada di pejabat hingga lewat malam. ternyata hujan hingga ke pagi. pathetic fallacy, kesedihan saya berbaur dengan hujan pagi. namun, sering Tuhan Maha Memujuk, saat saya memandu kembali ke kampus, pelangi pagi memperlihatkan diri di balik awan yang mendung dan matahari yang mahu mencelah. hati saya kembali berbunga!