Kita mahu teman berada di samping.
teman yang ada dalam apa juga warna suasana. terima kasih Tuhan, kerana membawa teman itu buat saya. hari ini, ogos 13 - saya berdoa segala kebahagiaan dan rahmatMU
buat teman jiwa saya, Zahar. selamat panjang umur!

Comments

Anonymous said…
salam dr. Mawar.
bercerita tentang teman,saya juga berkesempatan mengenali sdr Maskiah Masrom semasa beliau mngetuai kumpulan Baca Puisi IPTI ke Pertandingan Baca Puisi Pelbagai Kaum Peringkat IPT di UiTM Johor tanggal 12 Ogos lalu.sebagai penganjur bersama-sama dengan DBP KL,kami amat terhutang budi dan rasa bangga kerna diberi kesempatan untuk menjadi sekretariat.banyak pengalaman ditimba dan ramai kenalan disapa.esok pula kami(wakil UPENA0 bakal ke Persada Johor,JB untuk menghadiri acara Sayembara dan Anugerah Sastera Johor.seronok bila jadual hidup terisi dengan acara yang bermanfaat dan diminati.sdr Maskiah sempat memberitahu dr Mawar merupakan penyelia tesis beliau.saya kata:tepat pilihan sdr!
singgahlah ke blog saya di:ainolhasanal.blogspot.com
terima kasih dr Mawar.
mariahsj said…
Salam,
Selamat panjang umur buat Zahar juga. Semoga anda berdua dirahmatiNya, hidup dalam sejahtera sehingga ke akhirnya.
Mawar said…
Sdr Ainol
saya sudah melawat rumah birumu!
Mawar said…
Kak "Mariah",
terima kasih atas doa luhur.
doa yang sama saya titip buat kanda, semoga sihat dan riang!
Anonymous said…
terima kasih Dr Mawar kerna sudi singgah sambil meninggalkan titipan di rumah biru saya.saya memang menggemari biru atau urna yang menaikkan suasana.moga Dr Mawar sihat sejahtera selalu.
salam kanda Dr. Mawar
ogos pun bulan bermakna buat kami sekeluarga; 8.8, hari lahir bonda dan hari ulangtahun perkahwinan bonda-ayahanda, 14.8, hari lahir adinda bongsu yang kini di Kaherah.

salam hari lahir buat temanmu, Zahar! Didoakan kalian dalam rahmat dan kasih sayang Allah sepanjang masa!
Anonymous said…
Salam Dr. Mawar,
saya pelajar Kolej MARA Banting telah memilih antologi cerpen Masitah tulisan Dr sebagai bahan kajian saya bagi menyiapkan tugasan Extended Essay saya. Saya benar benar berharap supaya saya berpeluang untuk menanyakan beberapa soalan kepada Dr melalui sesi temuduga, e-mail, atau chat. harap Dr boleh menghubungi saya melaui alamat emel dan YM saya:
muzhaffar89@gmail.com atau jr_blur89@yahoo.com
Anonymous said…
Amin, amin, bonda rindu , mawar zahar sahabatku! (SZI, Rumah Angin, Jalan Rawang-Bestarijaya)
Mawar said…
Bunda!
kami juga rindukan bunda!