Semalam hujan begitu lebat di bangi dan memerangkap saya untuk terus berada di pejabat hingga lewat malam. ternyata hujan hingga ke pagi. pathetic fallacy, kesedihan saya berbaur dengan hujan pagi. namun, sering Tuhan Maha Memujuk, saat saya memandu kembali ke kampus, pelangi pagi memperlihatkan diri di balik awan yang mendung dan matahari yang mahu mencelah. hati saya kembali berbunga!

Comments

Anonymous said…
Assalamualaikum,

Dr Mawar,

Saya suka memerhati kejadian alam dan telatah manusia. Hujan itu boleh jadi rahmat, ujian, atau musibah. Berubah dan berbeza mengikut masa dan keperluan. Kalau Dr. Mawar ada masa, lawat nukilan saya tentang 'hujan' dan 'air' di blog saya yang beralamat "http://alurilmu.blogdrive.com"
Terima kasih.
Anonymous said…
cantik pelangi..tenang bila memandangnya..hilang semua masalah..

zali 7787
Anonymous said…
salam dr mawar, lama saya tak ke sini. Mungkin kehidupan kota lebih menuntut masa kerana banyak perkara baru untuk dipelajari.

Biar pun terlewat, saya ingin mengucapkan jutaan TAHNIAH atas kejayaan mendapat hadiah sastera tempohari.

Dr sekarang telah terlibat secara langsung dgn KEPEZI ya. Jika dr jumpa bonda Zaharah tolong sampaikan salam saya ya. Rasa rindu nak jumpa bonda Zaharah.

Selamat Menyambut Ramadhan buat dr sekeluarga.
GHAFAR BAHARI said…
saya ingin mengenali saudara dengan lebih dekat,saya bekas mantan pelukis dbp dan kini bersama syarikat Dawama mengendalikan ilustrasi majalah Dewan Sastera. sila lihat saya di blog gopabahari.blogspot.com.
Mawar said…
Salam Sdr Sheikhul
terima kasih, saya sudah membaca 'hujan dan air' yang impresif itu.
Mawar said…
Inamarjanaulfah yang baik,
terima kasih atas ucapanmu. salam al mubarak juga...
insya Allah akan saya sampaikan salam kepada bunda zn.
Mawar said…
salam Sdr Ghafar
terima kasih. ya, nama GOPA memang selalu diingat cerpenis DS. terima kasih kerana sering dapat merakam 'rasa' penulis lewat lakaran sdr yang bagus.
Anonymous said…
Saya setuju dengan komen 'anonymous': "cantik pelangi...tenang bila memandangnya..hilang semua masalah". Tapi saya lebih suka melihat 'BULAN' yang mengirimkan sinar lembutnya ke hatiku. Tapi 'BULAN' itu terlalu tinggi di langit. Jadi, ingatkan saya kepada lagu syahdu dari P. Ramlee:


Engkau Laksana Bulan

Oleh: P. Ramlee

Engkau laksana bulan
Tinggi di atas kayangan
Hatiku t’lah kau tawan
Hidupku tak keruan…

Mengapa kudiseksa (ref.)
Kenapa kita bersua
Berjumpa dan bercinta
Tetapi menderita...

Oo…ooo..oooooo…… (ref.)
kau cabutlah nyawaku…..
Oh Tuhanku mengapakah..
jadi miskin hidupku…?
Oh Tuhanku mengapakah
manusia begitu…
Mawar said…
Sdr Matahari yang diliput awan,
oh bulan, memang mengasyikkan hati orang yang sedang merindu. apalagi bulan purnama. saya teringat puisi "kekasih" usman awang - akan kujolok bulan gerhana, menjadi lampu menyuluhi rindu...
Anonymous said…
Dr. mawar...
pelangi memang indah dan memberi semacam ketenangan dan keajaiban yang seringkali kita abaikan..
alangkan indah sekiranya setiap impian yang kita pasangkan berhasil sama indahnya dengan secalit pelangi itu...
kehidupan juga seperti pelangi..berwarna warni dan penuh tanda tanya....
Mawar said…
Sdr ...sesuatu...
ya, pelangi sering begitu - ada garis ketenangan namun berjalur keajaiban. mana tidaknya, setelah hujan begitu membuat kita sedih dan sepi, pelangi tiba2 muncul menukar hati jadi mekar apabila matahari mencurah keriangannya! itu juga kehidupan, bukan? hati kita sering berasa sunyi dan hilang, tapi DIA munculkan "sesuatu" yang membuat kita rasa hidup kembali!