Posts

Image
Memang al Qur'an adalah sahabat baik kita!
Image
Semoga ia bermula dengan baik!
Image
Esok bermula 1 Ramadhan. selamat menempuhnya dengan rendah hati. redha dan ihsan Allah bersama sdr. maaf zahir batin.
Image
Ya Allah, Ramadhan yang ditunggu, bakal tiba hujung minggu ini. berdebarkah sdr? ternanti-nantikah sdr di muka pintunya? saya ditanya seorang sahabat yang nun jauh di hujung dunia, terujakah saya dengan Ramadhan kali ini? lantas dia bertanyakan apakah yang saya sediakan untuk meraikannya? pertanyaan yang sama saya perpanjangkan kepada teman-teman. apakah persediaan kita tahun ini? bagaimana ia harus dimulakan sejak saat bangun dinihari. qiyamullail. makan sahur. solat. tazkirah. sadaqah. tadabur al Qur'an. pemakanan. iftar. tarawikh. doa. apa lagi yang harus dirapikan, ya? bunyinya seperti tahun-tahun sudah... atau ada lain yang istimewa selain memohon bertemu dengan lailatul qadr sebelum masuk Ramadhan lagi? menghafaz surah tertentu? bagusnya tiba Ramadhan, kita berazam untuk jadi lebih baik...
Image
Kembali ke Temasek kali ini, saya menikmati kembang mawar merah yang sangat ramah. mengambil kesempatan bertemu saudara dan keluarga yang ada puluhan tahun tidak berjumpa di Charisma d'Venue. dan saya seperti melihat kelibat nenda yang sangat menggemari merah di penjuru bahagian luar meja minum. mawar . itu hadiah besar nenda buat saya pada februari 43 tahun lalu. Pada kesempatan ini juga buat Fadhly dan Rashidah. Selamat menjadi Raja Sehari, semoga bahteranya terus dirahmati.

Whittaker's di Malaysia!

Image
Kebetulan! baru semalam saya menulis entri tentang Whittaker's, di akhbar ada berita baik tentangnya. Whittaker's akan bergerak dalam pasaran Malaysia! Klik.
Image
Antara yang manis dari kembara lalu, saya mengenali dia. sangat ramah dan memujuk. saya percaya Whittaker's dapat mengubat luka kebanyakan kami terhadap Cadbury... Menariknya ia datang dalam pelbagai rupa. Juga yang comel ini...
Image
AM ada cara baru apabila komunikasi lisan kami gagal. dia akan menulis surat! beberapa hari ini banyak surat yang saya terima ketika hati saya sedang remuk, mendidih atau sedih akibat perbuatannya. AM pernah menyelitkan surat pujukan di tepi bantal Zahar. dengan harapan bapak akan membaca dan memahami lalu memaafkannya. namun malang sekali Zahar tidak menyedari surat yang disisip hingga ke subuh. satu trademark AM, dia tidak akan lupa menulis namanya diikuti dengan darjah 2 jaya. mungkin itu tanda tangannya!

Inilah Karangan Saya

Image
Saya paparkan sekali lagi buku ini dan harganya RM30 di pasaran (kedai Penerbit UKM),  buat mereka yang bertanya. terima kasih.
Image
Cuaca yang panas sekarang. saya mula berkira-kira untuk keluar rumah. memikirkan bagaimana ramadhan AM tahun ini dalam cuaca panas. dan saya percaya Rahmat Allah yang tidak bertepi. Allah pasti menjadi sebaik-baik pemelihara buat AM dan anak-anak lain apatah lagi ketika mereka berpuasa. ketika saya menulis ini di ruang tamu, AM sedang asyik membaca di bangku panjang taman hadapan. hobi barunya saling bertukar komik atau buku dengan sahabat baiknya di sebelah rumah. saya menyokong tabiat baik mereka dengan jeritan kecil, buku apa hari ini?
Image
Ketika saya menulis ini, kedudukan seri 1-1 antara tuan rumah Brasil dengan Croatia. tak tahulah apa akhirnya. tiada pemain yang saya kenal namanya seperti tahun-tahun lalu. saya menjenguk beberapa jendela tetangga. ada yang terang benderang. tidak seperti biasa jiran di belakang rumah masih gelap gelita. jiran tionghua saya itu memang morning person. seawal jam empat dapurnya sudah cerah. saya tidak tahu pekerjaannya yang membuat dia bangun awal hampir setiap dinihari. atau apa yang dilakukan setiap waktu begini...
Image
Antara minat saya ialah terhadap haruman; dari bunga, air wangi kepada pati minyak aromaterapi, bunga rampai kering dan sabun. ada seorang teman saya, Kazi, membuka kedai online ini. klik . atau fb/SkinCalm. 
Image
Musim panas sekarang membawa saya dekat dengan Ramadhan yang hampir tiba. saya fikir ini masa yang baik persediaan awal harus bermula. persediaan fikiran, perasaan dan amalan. saya kembali mencongak-congak kotak takwim yang akan diisi 30 hari nanti. saya cuba lagi untuk tidak kecewa, insya Allah. semoga kita sampai ke Ramadhan tahun ini. Allah.
Image
Rasanya saya terlalu lewat untuk mula mengambil satu hingga dua sudu cuka sari epal bercampur madu sehari untuk banyak kerja merawat tubuh yang semakin tua. semoga amalan sunnah ini memberi saya semangat untuk beribadah dengan lebih tekun dan ikhlas.
Image
Cadbury kembali HALAL! Kita mahu sambung makankah?
Image
Cuti sekolah! Tugasan untuk Alif Matiin kali ini adalah menghafal sifir . Dan saya sejak dulu pula tidak suka matematik!
Image
Bagi mereka yang mahu berlari, sila sertai!

Cadbury tidak halal

Image
Cadbury tidak halal! Saya dan beberapa teman yang hantu coklat,  pastinya menangis teresak-esak dengan berita buruk ini. Klik. Pastinya juga kami tertanya-tanya apakah peranan pasukan halal mereka?
Image
Saya sudah kembali dihimpit rutin, apabila selamat mendarat di tanahair. sedikit lelah dengan perjalanan maraton dari kepulauan selatan Selandia Baru dunia lalu membelah laut ke utara. ternyata perjalanan penyelidikan saya belum berakhir. sebelum ramadhan, saya akan ke pulau Jawa. ternyata jadual tiga bulan pertama kerja penelitian saya sangat padat. berselang seli dengan tugas menulis, banyak lagi yang harus dilakukan. semoga Allah berikan saya kesihatan dan fokus sehingga semuanya harus selesai menjelang hujung tahun nanti.   foto ini dari perjalanan di belah utara. kota hanbok dengan dingin musim bunga ...
Image
Alif Matiin. Mummy terbang lagi malam nanti.  kali ini ke belah utara setelah bulan sudah ke sudut selatan.  semoga fokus dalam ujian minggu ini. terima kasih lagi buat Zahar yang sabar.
Image
Maklum kepada semua kenalan, alamat emel rasmi saya di ukm sudah ditukar.  yang baru ialah mawar.safei@ukm.edu.my
Image
Beberapa hari ini erat benar hati saya dengan Temasek. mungkin berbahagianya saya kerana dapat bertemu dengan sanak saudara dan sahabat yang datang bertandang. mungkin sahaja saya akan pulang ke pulau sedikit masa lagi. mungkin sahaja saya begitu dengan rendah hati mahu mengirim buku baru ke sana. atau seperti kata bunda, itu tempat tumpah darah dan laman saya bermain sewaktu kanak-kanak. pasti sahaja ia membekas. tentu saja ia akan selalu bersama dalam hati saya. ini foto jalan masuk ke kampung halaman saya di Temasek. ia saya tampal dari website yang memperaga jualan hartanah. ternyata laman permainan saya kini sudah menjadi laman urusniaga golongan mewah. ya, memang laman yang kaya dengan kenangan dan kenangan....
Image
Buku pilihan Zahar dari PBKL lalu. dan saya sangat faham makna pilihan itu. saya diminta mencuba resepi Chef Wan dan dalam buku ini terdapat 400 judul masakan! setiap halaman yang diselak Zahar, menurutnya semua enak dan menarik. saya menjeling Alif Matiin, yang sekarang merupakan pembantu utama saya di dapur kami. awal-awal lagi kami sudah mencuba ayam percik (halaman 83) sewaktu pulang ke kampung di Batu Kikir.
Image
Sewaktu memajang si cantik ungu ini, saya bercerita tentang Nenda yang sudah pulang tahun lalu. almarhum Nenda saya suka membeli seikat dua bunga segar jenis ini dari pasar lalu dirapikan dalam bekas kristal atau kaca. nampaknya Zahar kembali dengan tabiat membawa balik bunga segar untuk saya hias di meja makan seperti ini atau di penjuru dapur. ia sangat menghiburkan ... terima kasih. dan saya sangat rindukan Nenda!
Image
Zahar mengejutkan saya awal pagi ini dengan memperdengarkan lagu keroncong. dan ia oleh Kartina Dahari , penyanyi lama yang saya gemari dengan kelunakan suaranya sewaktu saya kanak-kanak dan remaja. akhirnya si jelita ini kembali ke jalan datang pada 30 April di Temasek akibat barah. saya tak akan lupa senandung lagu lama, tinggallah mustika hati, bunga melor . oh saya hampir lupa adakah almarhum juga yang menyanyikan lagu bisikan hati atau ia oleh arwah Rafeah Buang?
Image
Succulants lagi. ia saya rakam dari laman belakang rumah sahabat lama saya di lereng bukit Johnsonville. saya menamakannya daerah lerengan. memang kebanyakan rumah dibangunkan di atas landai bukit dan gunung. sering laman di laras lain daripada lantai rumah sendiri. mengingat kembali semua yang hijau sesekali dihayun angin dingin musim rontok, dari Tanah Semenanjung ini, saya serasa ingin kembali ke sana sambil duduk membaca sekhusyuknya surah ar Rahman yang bermula dengan Tuhan yang Maha Pemurah, yang telah mengajarkan al Qur'an, Dia menciptakan manusia, mengajarnya pandai berbicara, matahari dan bulan beredar mengikut perhitungan, dan tumbuh tumbuhan dan pohon pohon tunduk kepada-Nya... 
Image
    Dilancarkan 24 April lalu sempena PBKL 2014. cerpen Antara Angin, Antara Cinta saya turut serta di dalamnya.
Image
Kak Wan Kak Liza Dua sahabat yang baik ini akhirnya pulang pada hari yang sama, 23 April 2014. dan mereka dari pusat pengajian yang sama, Psikologi dan Pembangunan Manusia, FSSK UKM. Wan Azreena Wan Jaafar merupakan senior sejak zaman belajar dan seterusnya menjadi sahabat. kali terakhir bertemu ketika saya sempat menziarahinya di HUKM. ternyata ketika itu arwah sudah lemah. sementara Haliza Sidek, sering mengambil lif yang sama setiap pagi untuk kami ke pejabat. kami selalu bertanya khabar dan arwah adalah seorang yang ramah dan berakhlak baik. saya pastinya sangat terkesan dengan berita kepulangan mereka. semoga malaikat menanti-nanti mereka yang baik ini. semoga perjalanan pulang mereka dipelihara Allah. al fatehah....
Image
Saya merakam gambar dari Grafton mendekati Taman Salju ini untuk dibawa ke persidangan bulan depan di belahan utara pula. pohon tua yang awalnya saya tanggap sebagai pohon pujangga songsang, sahabat baik Pak Hassan dalam Hari-hari Terakhir Seorang Seniman . bercerita ringkas kepada sahabat Uyghur yang menemani saya, Riz, mengatakan pohon itu membawa makna kesengsaraan, tapi, lihat di belakang itu ada air terjun kecil yang membawa harapan. saya menjenguk antara akar dan daun, ya memang ada yang meyakinkan di balik derita itu; hanya saya memberitahu Riz bahawa Pak Hassan akhirnya menemui jalan pulang ...
Image
Succulants ini sangat mencungkil rasa antara dingin angin perbukitan Johnsonville dengan sering luruhnya hujan tipis yang sesekali begitu lebat. si cantik ini mengirim saya kepada kecintaan terhadap makna penciptaan. ternyata saya lebih hampir dengan-Nya. betapa yang Mencipta itu lebih jauh indahnya. subhanallah!
Image
Ia tumbuh liar di jalanan.  namun saya cepat jatuh hati dan membawa saya untuk selalu berterima kasih.   alhamdulillahi rabbil alamin. 
Image
Hasil kembara kali ini, saya bukan hanya membawa banyak bahan penelitian di dalam bagasi, ternyata saya juga sempat menyelitkan resepi coklat yang banyak dari Donna Hay ! terima kasih Hazani, memperkenalkan saya dengan pakar masakan coklat ini.
Image
Buku ini saya capai dari rak di ruang tamu rumah lereng bukit sepanjang penginapan saya di daerah Johnsonville ini. membuka beberapa helaian dari God Speaks to Humanity , saya melihat kembali kehidupan dan pencarian tiga orang yang menghuni. saya percaya buku ini sering diselak dan diperhatikan dengan rapi untuk kerja pencarian mereka. 
Image
Perjalanan kali ini lain daripada sebelumnya apabila saya berhasrat untuk menyewa sebuah bilik untuk tujuan penginapan. tidak seperti selalu saya lebih selesa menempah hotel. ternyata rumah di lereng bukit yang saya duduki ini membentang banyak cerita. foto ini antara yang tergantung di dinding kayu ruang makan. saya mengenali tiga penghuninya yang masing-masing punya kisah sendiri. akhirnya saya mendapat satu kesimpulan, mereka adalah pencari. jadi saya namakan rumah ini sebagai si pencari. bukankah sejak pesawat mendarat di landasan utara pulau panjang ini, saya sudah diberikan isyarat oleh Allah betapa saya ini masih menelusuri. ternyata saya juga seorang pencari. ah. doa saya yang tidak putus-putus semoga tiga penghuni rumah ini bertemu jalan yang lurus ....
Image
Banyak catatan dari rumah IIML di kampus Victoria ini. mengenali Damiens, ketua yang penuh dengan kerendahan hati menyambut saya dengan teh panas halia perahan lemon. mereka belajar dalam banyak perbincangan dan ia ternyata menumbuhkan fikiran seni dengan menghargai jalan bersirat dan berliku dalam melahirkan pelbagai narasi. dalam dingin hujan dan angin garang Welly, saya menyarung baju tebal dan menginsafi kecilnya diri!
Image
Sebuah buku yang sempat saya kenali dalam perjalanan ke Tanah Awan Putih yang Panjang. sahabat lama saya yang baik, Hayati, menyua buku ini saat banyaknya haloba dalam hati. dia seperti sangat mengenali gerak darah yang sering saja berkocak. sedang saya selalu membisikkan kepada Allah, tolonglah dipelihara iman saya. tolonglah Allah, saya mahu menjadi hamba-Mu yang lebih baik dan berikhlas dalam segala!

Ramalan

Image
Pesawat yang diambil dari utara harus berpatah balik. pada ketikanya saya jadi dungu dan keliru. dan seharian menunggu penerbangan baru, saya mengimbas perjalanan panjang lebih sepuluh jam ini. betapa kecilnya saya. ternyata  pesawat senja itu mendarat dengan selamat di landasan selatan. ramalan yang tepat apabila awan rendah, hujan terus tumpah dan angin dingin yang singgah tidak sudah-sudah. seperti catatan pendek saya kepada Zahar dari tingkap malam, angin yang datang seperti serigala liar yang tiba-tiba ke kaca jendela kamar sementara ini. musim luruh mula surut untuk meraikan salji yang bakal tiba. ah, saya ternyata sudah rindukan laman sendiri.
Image
Sehingga jumpa nanti Alif Matiin. Mummy pergi tidak lama! Terima kasih kepada Zahar yang mengambil alih banyak tugas di rumah.
Image
Guru yang akan saya kenang kebaikannya sampai bila-bila.  al fatihah saya yang tulus buat almarhum Profesor Dr Sahlan Mohd Saman. 1949-2014. semoga perjalanan pulangnya dipelihara Allah.
Image
Terima kasih kepada mahasiswa kursus Cerpen Melayu kerana menjadikan Inilah Karangan Saya: Narasi Penciptaan Cerpen, sebagai buku teks dalam kuliah semester ini. semoga bermanfaat.
Ternyata fenomena mh370 membawa pelbagai narasi yang misterius dan tidak terjangkakan. saya juga pernah berada dalam pesawat yang sama. itu adalah takdir yang kita tidak tahu lagi makna yang mahu dikirim. peristiwa mh370 dihantar agar manusia kembali kepada Allah dengan seluruh rasa rendah hati. bentangkanlah segala apa yang bernama teknologi. tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan-Nya untuk diketahui nanti apa yang sebenarnya terjadi...Allahu taala a'lam.
Doa tulus dari Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar al Hamid.  Kita semua milik Allah dan kepada Allah kita kembali. Sebab boleh pelbagai, tetapi kematian adalah satu.
Image
Dalam kehidupan yang dijalani, banyak jawapan yang belum kita temukan. kita akan berhenti lama di satu tikungan untuk bertanya dan menunggu. dan kita tahu Allah menyimpan sahutan-Nya hingga pada suatu ketika. sepanjang menanti ketika itu tiba, keimanan akan membawa kita ke ruang pemikiran. saya bercakap tentang manusia yang tewas kepada teknologi dan kuasa yang berdiri seperti susuk gergasi. menerima banyak catatan tentang MH370 di telefon atau tv, saya sebenarnya sangat bersyukur. rupanya, saat berhadapan dengan ragam ujian begini, ia membawa banyak orang kembali kepada Allah dan al Qur'an. Maha Suci Allah.
Image
Saya pernah melalui jalan yang sama ini beberapa tahun sudah. mendengar kisah seorang pelajar yang terlepas penerbangan MH370  kerana keliru dengan masa berlepas iaitu pada 0030, dan itu pengalaman saya juga. perasaannya terhimpit antara bersyukur dengan simpati. saya turut dapat merasakannya. saya dapat membayangkan perasaannya apabila mengambil pesawat ganti keesokan pagi. saya namakan ini sebagai suratan, apabila waktunya tiba... innalillahi wainna ilaihi rajiun.
Image
Ini hadiah dari sahabat. alhamdulillahi rabbil alamin. terima kasih Sha. hasil kerja tangannya sendiri. saya memang mengenali Sha sebagai sahabat yang kreatif  bukan hanya berbakat dalam penulisan malah hasil kreatif dalam bentuk begini. menurut Sha, boleh lihat lanjut di instagram @windsorartstudio... dan saya tidak tahu apa-apa tentang instagram ini...
Image
pernahkah sdr menangis saat melihat turunnya hujan? dulu pernah saya menamakannya sebagai pathetic fallacy . alam sering bersama cuaca jiwa. ya, pasti dalam banyak doa yang sdr tadahkan untuk dimakbulkan akhir-akhir ini ialah agar datangnya hujan. ya hujan. betapa kita mahukan hujan setelah panas yang begitu panjang menguji. dan tiba-tiba kebakaran di tepi jalan hampir di mana-mana. kemudian pula sewaktu memandu kita dihadang dengan jerebu. memasuki bulan ketiga kemarau, beberapa petang lalu, sebaik memberi salam kedua solat asar, hujan mencurah-curah di atap rumah. ya Allah. betapa rindunya saya pada bunyi guruh dan bau hujan yang bertemu dengan panas yang berkumpul sekian lama di atas tanah! saya segera ke jendela, menyelak langsir jarang, sangat bahagianya melihat hujan! hujan! alhamdulillahi rabbil alamin, jadikan hujan ini sebagai rahmat buat kami!
Image
Buku kajian terbaru tentang Anwar Ridhwan, antara tokoh yang banyak mempengaruhi kepengarangan saya di peringkat awal. buku dari tesis phd ini adalah karangan Dr Tengku Intan Marlina, Universiti Malaya. ia mahu saya dapatkan untuk menambah himpunan rujukan tentang tokoh Sasterawan Negara ini,
Image
Hampir 14 tahun lalu apabila membuat keputusan membeli rumah di hujung dunia ini, saya pernah membayangkan jauhnya kami daripada jalan utama. jauh daripada lebuhraya. sangat sayupnya rumah kami dari Kuala Lumpur. dan amannya! namun sekarang, setiap pagi dan petang saya berada di belakang deretan kenderaan yang panjangnya kadangkala mencecah dua kilometer. sesak! apalagi musim panas, musim air mula dicatu dan angin kering selalu membawa hawa rengsa. rumah kami sekarang sudah dihimpit simpang dan jalan taman perumahan yang berharga jutaan ringgit. saya sering terkejut dengan papan tanda gergasi yang dipasang malamnya, memberitahu kami keesokan pagi, ada rancangan perumahan baru di sini. dalam kesibukan rumah mahal di merata tempat, dalam sesak dada menempuh jalanraya, pagi ini terkesannya saya melihat seorang pemandu keluar dari kereta, menyelamatkan anak kucing yang terpinga-pinga di tengah jalan. Allah, saya selalu meyakini  masih banyak yang berhati mulia walau saya semakin hi...