Posts

Image
Terima kasih Sdr Herman, Sdr Sharifah, Kelab Ilham Pustaka dan Perpustakaan Woodlands! Senang sekali bertemu sahabat penulis Singapura, seperti selalu....  
Image
 Prof Hywel Coleman dan Universitas Negeri Jakarta, terima kasih atas penghormatan ini. Senang sekali!
Image
  Pesannya: berhati hati dan beringat.
Image
  Terima kasih kepada Sdr Hanim Mohd. Salleh dan Berita Minggu Singapura atas penyiaran cerpen Narasi Lelaki Pantai Tenggara . Terima kasih kepada pihak ACWP, majikan saya untuk tiga bulan ini yang banyak menyua ruang yang jarang datang! Terima kasih.
Image
Alhamdulillah syukur. Sesi berbahgi yang sangat membahagiakan. Terima kasih Sdr Zubaidah, Sdr Shahril dan NLB yang mengundang. Kami bercakap bukan hanya soal hijau, juga perihal tangan manusia sendiri yang merosakkan. Sedang Hud: 61 mahukan manusia memakmurkannya. Apa lagi yang harus diperbuat, dan pernyataan itu menikam mata Anakin, sahabat termuda yang turut hadir menyertai.   
Image
 Jauh sekali dia  terbang, membelah banjaran dan angin rentang dan akhirnya datang menghinggap di kelopak kemuningku, di sini.
Image
  Masih misteri. Dari lantai ke dinding dan remang. Saya masih bingung dengan keluk dan beluk. Sekian tahun? Benar, pada setiap dan sekian kesempatan.
Image
  Saya menyelinap masuk. Ia seperti gua. Ia seperti ruang gelombang di sebuah salur rahsia.
Image
Tulisan kedua saya untuk ACWP . Terima kasih Sdr Hafizah Iszahanid atas siaran ini.   
Image
  Tulisan pertama saya untuk program ACWP. Tahniah Isa Kamari. Tahniah Persuratan Melayu Singapura.
Image
 Sebenarnya ia bukanlah bengkel. Ia adalah acara berkenalan dan bertukar pandangan tentang genre yang kita cinta - cerpen Melayu. Terima kasih ACWP!
Image
 Antara pesan Nenda Merah, selalu berhati hati dengan langkah. Periksa selalu sepatumu. Cermat dengan pilihan jalan; tenggara atau selatan.  Salur jalan di tepi tasik yang saya ikuti menuju pejabat beberapa bulan ini. Terdapat kolam kecil yang sering saja ada bunganya. Saat menyimak kelopak tipis, saya melihat juga hujung kasut yang sekian tahun membawa saya  ke sana sini. Dan saya baru sedar, banyaknya saya memungut penat dan usia tua yang tinggal sedikit sisanya.
Image
 Terima kasih ASAS 50 dan ACWP. Jumpa nanti!
Image
  Tempat jatuh lagi dikenang... Saya kembali ke NIE petang ini selepas 20 tahun. Sumur saya menimba  kematangan. Kali ini saya bertemu dengan pelajar sarjana pendidikan. Kami berbahagi ilmu dan kenangan.
Image
Yuk! Terima kasih ACWP.  
Image
Daripada sahabat lama.  Bacaan wajib sepanjang tiga bulan ini. Terima kasih Sdr Isa Kamari.  
Image
Geylang Serai. Tempat jatuh lagi dikenang... Terima kasih NLB Singapura. Terima kasih Sdr Herman Rothman menguruskan acara kita di NLB 12 Ogos 2023.
Image
 Selamat berkenalan anak-anak Singapura! Bertemu kita dalam acara pertama saya di ACWP 2023.
Image
Bismillah...  
Image
  Saya dititip jambangan cantik ini dengan ucapan cepat sembuh. Juga dengan ucapan selamat terbang dan menjalankan tugas... Terima kasih kepada yang dikasihi.
Image
Tanda terima kasih, setelah buah hatinya pandai membuka sayap kecil sendiri.  Terima kasih mereka setelah menumpang teduh di ranting kemuningku lagi... Jaga dirimu, sayang. Walau kita jauh...
Image
  Angin menitip khabar duka lagi. Prof Rahmah Hashim dibawa ke jalan pulang. Innalillahi wainnailaihirojiun. Pernah menjadi naqib usrah kami. Dari Jabatan Komunikasi, UKM ke OUM. Walau terputus lama dan hanya sekarang mendengar guru saya ditandu, budi baiknya tak pernah saya mampu lupa. Terima kasih Kak Mah, kenangan kita bersama-sama Kak Wan dan anak-anak saat AI dizalimi, tak mungkin terhilangkan. Ketika itu saya diajar erti memihak kebenaran dan berani mempertahankan. Terima kasih Kak Mah. Al fatehah...
Image
Banyak hal kerja rasmi yang saya tidak bersetuju. Antaranya adalah apabila kami diminta menulis di jurnal yang dikenakan bayaran ribuan ringgit, sebagai tuntutan kpi. Wang itu pula diambil dari geran penyelidikan atau peruntukan dari universiti. Banyak yang tidak masuk akal (dalam kalangan orang umum pun) penulis harus membayar tulisan sendiri untuk diterbitkan. Bukankan seharusnya penulis yang dibayar upah hasil lelah fikirannya (seperti Malay Literature , Dewan Bahasa dan Pustaka). Yuran dianggap sebagai ganjaran kerja menyelenggara kertas dan jurnal. Hasil tulisan itu akan dibaca untuk dipetik penulis lain pula agar tulisan mereka juga nanti dapat menyertai jurnal mewah seterusnya. Atau siapa sebenarnya yang harus memanfaatkan tulisan berdasarkan kajian itu? Ia menjadi lingkaran liar, Sdr. Terkini jurnal di bawah MDPI yang banyak dibolosi teman-teman, digantung. Jurnal pemangsa memang menzalimi, bukan sahaja meraih keuntungan wang tapi mempersendakan keilmuan. Saya sering tersanda
Image
Pertama kali saya bermalam di rumah sakit dan menerima titipan manis ini. Terima kasih Usagi. Benar, bunga walau apa juga rupanya, maya sebegini mahupun fisik, saat diletak di meja pesakit, akan menjadi ubat paling mujarab. Apalagi saat dipajang di penjuru yang sunyi dan sendiri. Terima kasih.   
Image
  Kesedihan bukan sahaja saat kita ditinggalkan sendiri. Tapi mengingat saat dia datang, singgah dan bertamu. Menyitir Kierkegaard, kelmarin yang memaknakan hari ini...
Image
 Hello Audrey. Terima kasih memilih Coklat . Sahabat baru saya, Audrey Teo Ai-lee. Buku ini dipilih dari para-para buku datuknya. 
Image
Dalam Doaku ~ Sapardi Djoko Damono ~ Aku mencintaimu. Itu sebabnya aku takkan pernah selesai  mendoakan keselamatanmu.  
Image
Dalam mengenang 1000 hari, mengiringimu lewat doa dan al Fatihah, SDD.  
Image
 Ini antara daerah kerja saya. Kali ini kami cuba menyorot jalan menulis dan menerbit dengan teman-teman dari lapangan Psikologi. PSITRA. Dulunya, saya pernah duduk di dewan kuliah Psikologi sebagai mahasiswa tahun pertama. Ia juga mengingatkan, antara cita-cita saya semasa kecil adalah menjadi  Pakar Jiwa. Lucu dan dramatik juga.
Image
Terima kasih kepada pihak ASWARA, Pusat Penyelidikan, Persidangan dan Penerbitan atas penghormatan ini. Kepada dua sahabat saya, Dr Azman Ismail dan Sdr Roziah Adama, sangat senang dan berbahagia, sekali lagi dapat bersama-sama ASWARA walau masih secara maya. Mudah mudahan ada manfaatnya. Terima kasih.   
Image
Terima kasih kepada Sdr Mubin dan pasukan Toko Buku Pujangga Baru atas penghormatan ini. Buku lama tapi banyak yang baru boleh dibincangkan! Jumpa nanti, insya-Allah.  
Image
Terima kasih Sdr Hafizah Iszahanid yang menyiarkan Lelaki Pantai dan Sehabis Gerimis dalam Berita Harian 14 Mei 2023. Cerpen ini terkait dengan entri sebelumnya yang berkisah tentang cuaca dan ragam perasaan manusia. Seperti cuaca sekarang yang tidak menentu petir dan terik siangnya, begitulah saya berdepan dengan laku dan bahasa perasaan manusia yang sering bersilih silang. Bertukar musim. Datang dan pergi.  
Image
Cuaca bahang dan guruh bersilih. Haba ketuhar berhimpun di ruang siang. Beberapa hari ini saya memandu pulang dalam hujan deras. Begitulah cuaca di peta ramalan dan bagaimana demikian manusia berubah. Saya tidak jadi musykil apabila tingkah turut bertukar.  Beginilah agaknya ketika dupa wangi Tabriz kian menipis dan sedik it demi sedikit hilang bersatu dengan angin.  Baru saya sedar betapa rumitnya menjadi Rumi ketika satu persatu deru datang dan bersilang pergi. Menjadikan begitu sulit untuk diterka culas benarnya. 
Image
 Almarhum Prof Dr Farid Onn. Al fatehah. Setepatnya waktu dhuha, Jumaat Syawal hampir seminggu, menerima khabar duka  dari ketua saya yang menyentak. Baru juga kami bercakap untuk menziarahi Prof Farid. Langgam cerita yang cliche tapi sangat menghibakan. Sewaktu saya muda sebagai Tutor,  Prof Farid antara guru Stilistika yang kerap saya rujuk. Kami bersahabat dan saya banyak dituntun dalam perihal kesarjanaan. Tulisan awal saya di Jurnal Perisa 1995, menggunakan analisis stilistika. Saya merujuk Prof Farid lagi. Saya dibimbing editor JP yang serius, Syed Jaafar Husin.  Tulisan itu di bawah kursus Stilistika Prof Sahlan Mohd Saman. Dan saya meneliti puisi Dharmawijaya. Masya-Allah. Tulisan itu membuat saya dikelilingi tokoh-tokoh yang luar biasa!  Foto ini saya rakam ketika kami -  Dr Rosnah Baharudin, Dr Misran Rokimin dan saya - diajak Prof Farid ke rumah SN almarhum Pak Abdullah Hussain (yang kemudian baru saya tahu mereka ada hubungan keluarga menerusi isteri masing-masing). Nasih
Image
  1 Syawal 1444 Salam lebaran. Taqabbalallahu minna waminkum. Maaf lahir batin.
Image
  Ramadhan 30 Percakapan kami perihal masa depanku Penutup Ramadhan. Saya berasa lelah ketika menoleh 29 hari yang saya jalani. Ampuni masa lalu saya. Rahmati apa yang sedang terjadi. Tetapkan langkah masa depan saya. Benar, menjelang Syawal mengingatkan saya untuk kembali kepada fitrah. Perlunya saya ruang percakapan itu.  Taqabbalallahu minna wa minkum.
Image
Ramadhan 29 Ujian Sepanjang Jalan Begini bujukannya: ujian itu bukan untuk menyakitkan, sebaliknya membawa kita kembali ke jalan pangkal. Saat diuji yang selalunya kita berasa perih, pada ketika itulah kita mahu didukung, diamankan dan dirangkul. Bukankah itu yang kita mahukan? Jadi, ujian itu membahagiakan, bukan? Kurnia.   
Image
Ramadhan 28 Amal Rahsia  Baca al Qur'an dengan beberapa ingatan. Apa yang harus diperbuat dan apa yang tidak. Puji-pujian yang harus dilantunkan.  Perutusannya. Apa tindakan menurut yang dibaca. Mudahkan orang lain . Bantu walau hal yang sepele. Dan lakukan semuanya kerana Dia.  Catatan tentang pertanggungjawaban. Dan simpan serapatnya.   
Image
Ramadhan 27 Istikhara Biar ia jadi penunjuk arah, saat saya berdiri di tikungan yang aneh. Saat itu menurutnya, pertimbangkan dua ini - redho-Nya dan kebaikan untuk di sana nanti. Biar ia jadi yang mengamankan resah. Biar ia menterjemah keyakinan kepada gerak. Biar nanti ada berkah. Namun yang sukar dan mungkin saja saya gagal untuk lakukan adalah - segera melangkah. Sering juga pula jawapannya dalam kelam. Mengapa? Sebabnya adalah kerana saya melihat apa yang mahu saya lihat dan bukan melihat apa yang  Dia mahu saya lihat . Ini adalah jalan penyerahan dan keyakinan. Ini adalah jalan yang memerlukan saya untuk bertindak.   
Image
Ramadhan 26 Sabar   Sabrun jameel. Benar,  hanya jika ia dapat berlaku  pada detik yang tepat. Dan saya bukanlah begitu. Saya bukan seorang penyabar, walau mahu selalu belajar untuk itu. Maka saya membaca tiga pelajaran ini dari surah masing-masing. Mudah mudahan dengannya saya akan dapat bersabar. 1. al Anfaal: 46 - Allah bersama orang yang sabar. 2. ali Imran: 1 46 Allah mencintai orang yang sabar. 3. an Nahl: 126 Orang yang lebih baik adalah mereka yang sabar. Maka saya pastinya mahu selalu bersama-sama Allah. Saya juga mahu menjadi yang dicintai. Saya harus sering mahu menjadi lebih baik. Dengannya nanti, benarlah sabar itu indah!
Image
Ramadhan 25 Doa Doa adalah titik kebersamaan, titik keintiman. Ia adalah ruang paling peribadi dan khas. Sehingga ditulisnya begini, usah dibiar syurga merindui suaramu. Jadilah  sebagai yang ditandai menerusi lantunan doamu. Maka diujar di sana nanti, Wahai Yang Maha Pengasih, bukankah itu suara yang sangat  dikenali, suara si peminta yang sangat hangat. Saya mahu menjadi pemilik suara yang dicintai yang di Sana...  
Image
Ramadhan 24 Harapan Begitu  dengan harapan kita dapat melanjutkan langkah hidup. Harapan juga yang membekalkan sayap untuk kita dapat terbang ke Sana. Dengan Ramadhan yang masih berbaki, saya masih memerlukan sepasang sayap...  
Image
Ramadhan 23 Penyerahan diri Ini sangat memujuk: Hidup ini adalah kegentaran. Dunia ini sangat menakutkan. Sedang kaki kecil serta keupayaan yang kian tidak bermaya, maka saya memilih-Nya. Hanya Dia yang selalu ada dan siap untuk mendukung, untuk saya bersandar, berharap dan berlindung . al Wakil. Dan inilah laluan penyerahanku.  
Image
Ramadhan 22 Dunia yang hanya Begitulah bunyi terjemahan saya. Dunia yang hanya menjadi jalan untuk ke Sana. Maka apakah dari dunia yang dapat saya manfaatkan sebaiknya. Apakah jalan yang dengannya saya berasa nyaman, ada kelunakan, sehingga diyakini ia adalah sebuah pilihan.     
Image
  Ramadhan 21 Penutup Dunia ini sangat memerangkap. Sehingga ia begitu kuat mengikat kaki dan hati. Sepertinya di  sinilah titik keabadian dan kebahagiaan. Sedangkan, kita masih dalam perjalanan panjang menuju sana. Penutup jalan.
Image
Ramadhan 20  Percakapan kami perihal masa kiniku al Ghafur, ampuni kehidupan saya yang senantiasa dilengahkan. Bantu saya ingat, jernih, luruskan. Semoga penyerahan ini adalah kerana cinta...kerana saya mahu. 
Image
  Ramadhan 19 Ujian Janji Allah itu benar. Dalam hidup, banyak saya berjumpa dengan yang mungkir, malah banyak yang berpura-pura, berdusta. Sehingga saya hilang percaya. Sering juga saya rasa diperdaya. Dan ia adalah ujian. Saat itu saya harus yakin hanya Dia yang Maha Melihat, Mendengar dan Memahami goncangan yang ada.