Setiap hari pergi dan pulang antara rumah dengan tempat kerja, saya pasti melintasi pusat jualan penempatan baru di tempat kami. Se.duduk. Sangat memikat namanya. Ini bukan iklan rumah. Tapi saya salut kepada Ecoworld yang menggunakan perkataan yang sangat asas, iaitu duduk untuk bukan hanya memerihalkan tempat kita menyeka lelah tapi boleh sahaja dilebarkan falsafah duduk itu sendiri. Duduk antaranya untuk bersandar, berehat, mengamankan dada, berdiam, berumah, atau juga berkeluarga. Oh ya saya turut terlihat Semanja, juga di Kajang! Saya suka.
Posts
Showing posts from March, 2024
- Get link
- X
- Other Apps
Saya senang sekali dengan foto ini. Saya senang sekali melihat lelaki yang memegang buku daripada yang tidak dapat melepaskan telefon dalam genggamannya. Saya juga senang untuk dilihat yang sama. Tahniah DS Anwar Ibrahim, Tokoh Pembaca 1988 yang saya hormati kerana cintanya yang tulen terhadap buku....
- Get link
- X
- Other Apps
Ini bacaan harian saya sepanjang Ramadhan 1445 kali ini. Bertepatan 30 ayat dengan 30 hari yang didepani, insya-Allah. Saya mulakan ayat pertama tabarak. Limpahan keberkatan yang terlalu banyak dan setiap satunya harus kita raikan dengan memulakan apa sahaja yang dilakukan dengan بِسْÙ…ِ اللهِ
- Get link
- X
- Other Apps
Ya, kita serupa Sdr. Sambil meninjau rak buku di rumah, di mana mana penjuru yang dipenuhi buku, ternyata saya masih menelek judul-judul yang dikirim penerbit atau pemilik kedai buku dalam talian yang saya langgan. Masih ada ghairah. Masih ada kegilaan untuk mendapatkannya. Apalagi menjelang Ramadhan. Saya memastikan ada buku yang akan dibaca setiap hari dan menyelesaikan halaman terakhir menjelang Syawal, insya-Allah. Saya memeriksa lagi susunan buku di rumah. Masih banyak juga yang belum sempat saya sorot. Saya mungkin akan mempertimbangkan apa yang masih saya punya...