Setiap hari pergi dan pulang antara rumah dengan tempat kerja, saya pasti melintasi pusat jualan penempatan baru di tempat kami. Se.duduk. Sangat memikat namanya. Ini bukan iklan rumah. Tapi saya salut kepada Ecoworld yang menggunakan perkataan yang sangat asas, iaitu duduk untuk bukan hanya memerihalkan tempat kita menyeka lelah tapi boleh sahaja dilebarkan falsafah duduk itu sendiri. Duduk antaranya untuk bersandar, berehat, mengamankan dada, berdiam, berumah, atau juga berkeluarga. Oh ya saya turut terlihat Semanja, juga di Kajang! Saya suka.
Comments