Posts

Showing posts from 2021
Image
  Buku catatan 2021 saya, masih rapi dan tidak comot seperti tahun tahun lalu. Saya sendiri rasa aneh. Adakah ia mewakili apa yang berlaku sepanjang tahun kurungan ini. Sepi dan sendiri. Dan begitu cepat, saya akan mula menulis di helaian baru 2022, yang tidak tahu bagaimana gerak jalannya nanti. Allah ya Bari'... Allah ya Hafiz
Image
  Begitulah Allah ya Mutakabbir. Saat seluruh negara berduka dengan khabar bah yang melanda, dini ini saya tiba pada ayat QS al Anbiya': 77 Sesungguhnya mereka adalah kaum yang jahat, maka Kami tenggelamkan mereka semuanya. Saya mendongak ke langit yang bersih, sebentar tadi juga matahari sempat menjengah selepas dua hari hujan seperti tidak mahu berhenti. Saya tunduk, nikmat mana lagi yang saya mahu dustakan...
Image
  Saya sedang membaca buku ini. Reflecting on the Names of Allah. Ada halaman yang merekah dari tulang buku. Terima kasih kepada pihak Wardah dan al Buruj kerana bertindak mengirim naskah baru kepada saya. Allah terus merahmati. 
Image
  Kelmarin makan siang saya dengan latar cantik ini. Dan ini kali pertama saya berani makan di luar sejak wabah membentangkan seribu ketakutan. 
Image
  Terima kasih Dr Ada. Selamat membaca! Ini masih menjadi penyertaan pertandingan peragaan kulit buku Narasi Tanah Selandia Baru dan Kisah Lainnya . Kita tunggu pemenangnya pada penghujung bulan ini ya!
Image
 Terima kasih RI. Selamat membaca di samping kopi!
Image
  Terima kasih Dr TH. Selamat menekuni!
Image
 Terima kasih HJ. Mudah mudahan jadi ilham!
Image
  Sdr Z. Terima kasih banyak mengurus buku Narasi. Saya mahu menganjurkan pertandingan peragaan kulit buku Narasi Tanah Selandia Baru dan Kisah Lainnya . Ada hadiah buat Sdr yang terpilih! Jadi kirimkan saya foto peragaannya ya! Terima kasih. 
Image
  Terima kasih DD atas dukungan ini. Selamat membaca!
Image
  Terima kasih  Encik Batman. Selamat membaca!
Image
Terima kasih R. Selamat membaca!  
Image
Terima kasih Dr F. Selamat membaca.  
Image
  Kumpulan cerpen terbaru saya. Kebanyakan latarnya semasa menjalani cuti penyelidikan di Tanah Selandia Baru, 2014. Terima kasih Sdr Noor Hafedah Jamiyil, DBP, Editor saya yang sabar. Buat Sdr, selamat membaca.
Image
  Kami berwebinar! Pusat Kajian Bitara Melayu, UKM - Akademi Pengajian Melayu, UM.
Image
  Cerpen saya menuju ke penghujung tahun 2021. Ia berangkat dari entri serpihan 14 Julai dan 17 Ogos lalu. Saya merakam tiap yang terjadi di pohon kemuning di hadapan rumah. Dari kisah dia yang datang sehingga saya belajar hukum matematika bahawa  potongan-potongan pemergian, kehilangan atau kematian... Mereka itu ternyata bukan kira-kira buruk dan salah, apalagi sebuah petaka.  Terima kasih Sdr Fad, editor Dewan Sastera yang saya senangi kerjanya, atas siaran ini. 
Image
  Terima kasih FSSK atas penghormatan ini. Anugerah IKON 20 FSSK.
Image
 Tentang buku baru kami!
Image
 Buku baru kami! Alhamdulillah syukur.  Terima kasih kepada dua editor yang budiman Sdr Zulfa dan Sdr Zaharahanum. Z & Z. 
Image
Selamat datang mahasiswa baru!
Image
    Terima kasih UKM atas penghormatan ini. Anugerah Bitara UKM.
Image
  Lama menanti. Alhamdulillah syukur. Hadiah buat anak-anak yang cintakan sastera warisan bangsa.
Image
  Gentarnya saya melihat risalah ini. Antara berdepan dengan pakar Sastera Islam, khawatir banyak khilaf kata-kata dan perilaku si debu nanti. Masukkan ini saya tampal selepas acara.  Terima kasih atas penghormatan ini Prof Munjid dan Liga Kesusasteraan Islam.
Image
 Pemudah caranya, sahabat yang memiliki daya memujuk yang sangat lunak. Rendah hati, saya akhirnya bersetuju untuk hadir. Saya sendiri belum tahu apa yang perlu saya bicarakan nanti. Terima kasih Pusat Media dan Komunikasi FSSK, UKM atas penghormatan ini..
Image
Awan oleh Virginia Setiap pagi, duduk menulis dari mihrabku , ruang kerja saya di rumah, membawa untuk  selalu melihat bentangan dan pecahan awan. Sesekali unggas berulang alik, melintasi jalan hari. Apalagi yang saya mahu ketika yang sama seperti ada pantulan ingatan demi ingatan yang jatuh dari langit. Tidak ada yang sia-sia dalam penciptaan-Mu. Mudah mudahan dipelihara kami daripada murka dan hukuman. 
Image
  Saya kehilangan guru lagi. Ustaz Sidek Fadzil (4 Januari 1947-31 Ogos 2021). Guru dan tetangga ruang rasmi di Jabatan Persuratan Melayu, semasa saya mula menyertai UKM. Ruang kerja saya diapit dua tokoh besar. Prof Madya Dr Sidek Fadzil dan Prof Madya Dr Shafie Abu Bakar (kami di jabatan memanggil mereka ustaz).  Tidak dinafikan perjalanan saya di UKM, antaranya dalam bayang-bayang mereka berdua. Saya ikuti kuliah Ustaz Sidek seawal jam 8 dengan memegang kitab cap ayam jantan. Buku tipis itu kami khatamkan sepanjang satu semester.  Ilmu dan budi baik Ustaz Sidek saya kenang dalam doa panjang sebagai guru dan ayahanda pastinya. Al fatehah... Buku cap ayam jantan
Image
  Al fatehah buat Budi Darma
Image
Tulisan kenang-kenangan buat mahaguru saya, Pak Budi Darma. Terima kasih Hafizah Iszahanid atas siaran ini.   
Image
  Saya bertemunya, Si Cantik ini dan Liotard dalam perjalanan penyelidikan saya di Sekolah Gambar Gemaldegalerie Alte Meister di Dresden. The Chocolate Girl Jean-Etienne Liotard.   
Image
  Khabar duka lagi. Pak Budi Darma berpulang menuju jalan datang. Saya sudah kehilangan kedua-dua mahaguru saya dari Tanah Jawa. Mudah mudahan dirahmati terus di rumah abadi.
Image
  Antara keberuntungan dalam hidup, apabila ada sahabat yang mahu menasihat. Dan kita senang sekali mahu mendengar dan menerimanya. Bukankah agama itu nasihat. Saya akan berbahagi antara nasihat yang saya terima... Mempunyai amalan rahasia, hanya Dia yang Tahu Solah pada awal waktu   Dahului solah sunat sebelum yang fardhu Selalu dahului dengan solah wudhu Solah dhuha itu adalah saat memohon ampun Solah witir pada waktu dini Tidur awal, bangun awal Puasa Isnin Khamis Puasa Hari Putih Nanti saya sambung lagi....
Image
 Kisah sepele yang membawa aneka belahan cerita lainnya. 
Image
  Tempohari tiada kesempatan kami. Kali ini saya bertemu dengannya.
Image
  Ada yang bertanya mengapa saya sudah tidak mencatat setiap hari seperti sebelumnya. Ya, saya pun sedar. Pastinya saya ada cerita. Saban hari. Namun sering cerita itu ghaib bersama masa. Tidak jarang saya menemukannya kembali, tapi sepertinya kami saling tidak mengenali lalu sekali lagi cerita itu kabur dan berterbangan pergi. Lalu saya mengenang dan merenung sendiri.  
Image
  Saya tahu ramai lebih memerlukan yang asas sekarang berbanding menunggu brownies sedikit menggaring  dari dalam ketuhar. Tapi dengan menikmatinya saya rasa lebih bersyukur dan lebih mengenang alangkah jika saya dapat menitip sepiring kecil buatnya. 
Image
  Terima kasih Sdr Syarifah Salha atas laporan ini. Boleh dibaca di sini.  
Image
Rencana dari penelitian Sumitomoku. Terima kasih Sdr Hafizah Berita Harian atas penyiaran.   
Image
  Terima kasih Sdr Hafizah Berita Harian atas siaran ini, hari ini 18 Julai 2021. Cerita tentang hari lahir dan JANJI!
  Serpihan
Image
 
Image
  Selamat! Saya membaca cerpen Kompas sejak zaman mahasiswa. 
Image
  Kita berpindah ke Zoom, ruang yang lebih lapang. Terima kasih menjadikan acaranya ini ramai! Zoom Meeting https://ukm-edu-my.zoom.us/j/99968149096?pwd=YVEyNU1MdUw3cDlrMno2eUhNRHN5dz09
Image
  Mudah-mudahan bermanfaat. Terima kasih SN Dr Siti Zainon Ismail dan Tuan Uzaidi Udanis, sudinya...
Image
 Saya menerima dos pertama pagi tadi di PPV UKM. 
Image
  Saya percaya antara kurnia wabah ini adalah kita dapat menyatukan rindu. Saya sering dititip hadiah dan juadah dari teman-teman semasa pkp. Hari ini saya menerima bingkisan enak nasi rawon lengkap yang pernah saya jamah sewaktu di Temasek lama dulu. Begini, saya fikir ia dikirim atas rasa rindu yang tebal terhadap kenangan. Benar. Banyak yang saya renungkan saat mencicip tempe dengan serunding atau sambal terasi hirisan kulit limau. Membaur nasi dengan kuah hasil kisaran buah keluak, membalik-balik bayangan yang sudah sekian lama jauh meninggalkan. 
Image
  Saya kian diburu ringkikannya...
Image
  Saya menerima ucapan Salam Bulan Juni. Pastinya ia membawa saya larut ke tahun-tahun lalu. Saat kita dapat melihat gunung dan membelah antara kabutnya. Saat kita dapat singgah pada asin angin laut dan bermain di rusuk pantainya. Siapa sangka akan begini jadinya, bulan Juni kali ini menjadi asing dan jauh sekali canggungnya. 
Image
  BdR. Bekerja dari Rumah. Bukan Berehat di Rumah. Bukan cuti. Saya mahu sangat mengusul kepada majikan saya untuk memberi kefahaman kepada kakitangan yang BdR agar mengerti sebenar-benarnya mereka masih bekerja, walau di rumah. Perlu sedar apa yang dilakukan selama jam bekerja itu. Upah bekerja itu harus setimpal dengan apa yang dilaksanakan. Sejak PKP dan ada fahaman tentang BdR, saya bertemu dengan jawapan begini apabila ada maklumat perlu didapatkan daripada kakitangan, "Saya Bdr." Jadi, apa masalahnya? Apa yang Sdr kerjakan sepanjang bekerja di rumah ? Sedangkan saya rasa BdR sangat meletihkan kerana hampir bekerja sepanjang hari hingga ke malam kerana mahu memastikan rezeki saya bersih. 
Image
   Kesan Indera dalam Bercerita untuk Kanak-kanak. Ternyata banyak yang perlu diperhatikan. Terima kasih DP Zaliza Alias.