Saya percaya antara kurnia wabah ini adalah kita dapat menyatukan rindu. Saya sering dititip hadiah dan juadah dari teman-teman semasa pkp. Hari ini saya menerima bingkisan enak nasi rawon lengkap yang pernah saya jamah sewaktu di Temasek lama dulu. Begini, saya fikir ia dikirim atas rasa rindu yang tebal terhadap kenangan. Benar. Banyak yang saya renungkan saat mencicip tempe dengan serunding atau sambal terasi hirisan kulit limau. Membaur nasi dengan kuah hasil kisaran buah keluak, membalik-balik bayangan yang sudah sekian lama jauh meninggalkan.
Comments