Saya jarang mahu mengadakan kuliah sebelah malam; hanya jika perlu mengganti mana mana yang saya tidak dapat hadir atau bertindan dengan acara universiti. Kaedah di kampus kami, kuliah ada pelbagai cara. Dalam talian. Directed reading. Kerja lapangan. Tapi saya masih memilih untuk bertemu mahasiswa hatta mengambil masa malam saya yang seharusnya diam di rumah. Jadi apabila ada mahasiswa yang memberi alasan tidak hadir kerana demam, saya pun jadi mahu demam dengan karenah anak muda yang tidak berjiwa besar. Mengada-ngadakah saya? Saya semakin rasa sendiri, Sdr.

Comments

Liza said…
Kita kalau demam-demam air, tetap datang mengajar.
Mereka sebaliknya. Aduhai! Kecewa
KAMARUL.M said…
Teringat saya zaman sekolah rendah dulu. Saya berikan alasan demam untuk tidak mahu ke sekolah. Ayah percaya. Ayah bawa saya ke klinik kesihatan Semenyih. Selesai dpt ubat ayah hantar juga saya ke sekolah. Ayah selalu pesan untuk jadi manusia yang berguna.
Mawar said…
Sdr Liza
Benar...
Mawar said…
Sdr Anak Rantau
Psikologi dan asuhan ayah...