Saya jarang mahu mengadakan kuliah sebelah malam; hanya jika perlu mengganti mana mana yang saya tidak dapat hadir atau bertindan dengan acara universiti. Kaedah di kampus kami, kuliah ada pelbagai cara. Dalam talian. Directed reading. Kerja lapangan. Tapi saya masih memilih untuk bertemu mahasiswa hatta mengambil masa malam saya yang seharusnya diam di rumah. Jadi apabila ada mahasiswa yang memberi alasan tidak hadir kerana demam, saya pun jadi mahu demam dengan karenah anak muda yang tidak berjiwa besar. Mengada-ngadakah saya? Saya semakin rasa sendiri, Sdr.
Comments
Mereka sebaliknya. Aduhai! Kecewa
Benar...
Psikologi dan asuhan ayah...