Mencari Mataharinya yang hilang, membawa dia ke haluan jalan datang.
Posts
Showing posts from December, 2019
- Get link
- X
- Other Apps
Bulan penuh lagi. Saya hampir tidak dapat melihat apa-apa pada si bulat genap yang bercahaya cantik itu, selain rindu yang tidak terpermanai. Rindunya saya, yang jika dapat dilaungkan hingga dapat didengar talunnya di wilayah bulan sana. Bulan di Gifford Avenue, Dewan Siswa, Ogos 2017, HSPM 2017/2018 Rujuk juga entri 2 Ogos 2017
- Get link
- X
- Other Apps
Saya jarang mahu mengadakan kuliah sebelah malam; hanya jika perlu mengganti mana mana yang saya tidak dapat hadir atau bertindan dengan acara universiti. Kaedah di kampus kami, kuliah ada pelbagai cara. Dalam talian. Directed reading . Kerja lapangan. Tapi saya masih memilih untuk bertemu mahasiswa hatta mengambil masa malam saya yang seharusnya diam di rumah. Jadi apabila ada mahasiswa yang memberi alasan tidak hadir kerana demam, saya pun jadi mahu demam dengan karenah anak muda yang tidak berjiwa besar. Mengada-ngadakah saya? Saya semakin rasa sendiri, Sdr.
- Get link
- X
- Other Apps
Saya terlibat dalam penganjuran. Saya menyediakan kertas doa juga, antara barisnya: Segala puji bagi Allah yang mengurniakan sekian nikmat kesejahteraan jiwa, aqal dan nurani. Dialah Pencipta keindahan ilmu, membentang jalan terhadap apa yang keliru. Mengganjari kesaksamaan dalam kepincangan. Merahmati keangkuhan dengan kerendahan hati. Salawat dan salam buat junjungan Rasulullah, sosok yang layak diteladani akan setiap tindakan dan ucapan. Peribadi yang menuntun kita menuju seribu jalan kebaikan. Ya Allah, ya Maha Mengetahui, Pemilik ilmu yang terhijab, yang nyata, mahupun yang tersembunyi. Kurniakan kami keelokan dalam usaha. Anugerahkan kami dengan ilham menulis, menaakul dan menyelidik. Lapangkan masa dan ruang usia kami untuk menjadi manusia yang bermanfaat untuk semua menerusi kerja kesarjanaan kami. Bekalkan kami jiwa, aqal dan nurani yang jernih, untuk bersyukur dan menghargai nikmat ilmu, Ya Allah. Jadikan kami dalam kalangan mereka yang ...